Friday 27 April 2012

BN harus bekerjasama kerana pembangkang makin bermanifestasi

Posted on April 25, 2012, Wednesday

KUCHING: Menteri Muda Pembangunan Belia Abdul Karim Rahman Hamzah memberitahu bahawa empat parti komponen Barisan Nasional (BN) Negeri harus bekerjasama memandangkan pembangkang semakin jelas bermanifestasi dalam pelbagai bentuk.
Ini adalah benar khasnya dalam kes Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), walaupun beliau tidak mempercayai dua parti ini bersaing untuk menjadi terunggul dalam masyarakat Dayak, katanya yang juga ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Ditanya bagaimana beliau melihat PRS dan SPDP bersaing untuk memenangi jiwa dan raga kaum Dayak dalam perpaduan BN, Abdul Karim memberitahu:
“Saya tidak mahu melihatnya dalam konteks tersebut. PRS dan SPDP adalah parti komponen BN dan tanggapan bahawa ‘mereka perlu bekerjasama sekarang memandangkan ada ancaman yang jelas kewujudnya’ tidak timbul sama sekali.
“Ini memerlukan semua parti komponen BN bekerjasama menentang musuh yang sama.”
Selain PBB, PRS dan SPDP, sebuah lagi parti komponen BN adalah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Kebelakangan ini, PRS dan SPDP sering ‘bertikam lidah’ dalam media mengenai hubung kait dan status Kumpulan Berlima yang dianggotai lima wakil rakyat yang disingkirkan daripada SPDP.

No comments:

Post a Comment