KUCHING: Pergerakan Wa-nita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak harus ke-tinggalan dalam mempelajari atau memperlengkapkan diri dengan teknologi terkini termasuk media sosial.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, Wanita PBB perlu sen-tiasa tahu tentang apa yang berlaku di sekitar mereka selain serangan terhadap Barisan Nasional (BN) melalui media sosial.
“Semasa pilihan raya khas-nya, pembangkang banyak menggunakan media sosial untuk membuat serangan terhadap BN namun bagi kita pula, kita agak lewat memasuki alam maya ini.
“Ia menyebabkan tiadanya usaha pada ketika itu untuk menangkis serangan pembangkang dan memperbetulkan keadaan sebenar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Bengkel Asas Kewartawanan bersama Majlis Ter-tinggi Wanita PBB Sarawak anjuran bersama SMBizD Management dengan Perge-rakan Wanita PBB di ibu peja-bat PBB di sini, semalam.
Menurut Fatimah, media sosial kini lebih berpengaruh de-ngan menyaksikan kebanyakan penggunanya adalah generasi muda dan ia ditambah lagi kini lebih 12 juta pengguna rakyat Malaysia kini menggunakan laman Facebook.
Bagaimanapun, kata beliau, Wanita PBB yang terlibat bukan sahaja sekadar belajar untuk melengkapkan diri dengan kemahiran mewujudkan blog mereka sahaja.
“Namun Wanita PBB juga perlu memahami pengisian dalam media sosial itu sendiri dan ia termasuk bagaimana menarik lebih ramai pembaca, menepis apa yang dikata pembangkang dan menyerang balik apa yang tidak benar,” kata beliau.
Fatimah turut berharap wa-nita-wanita PBB akan terus memainkan peranan mereka dengan meraih undi melalui pendekatan dari rumah ke rumah seperti yang dilakukan sebelum ini.
“Ikuti perkembangan se-masa semasa dan dapatkan undi melalui pendekatan kita se-lama ini,” ujarnya.
Bengkel berkenaan semalam dihadiri kira-kira 36 orang peserta dan dihadiri Pengurus SMBizD Kas Alwi Sepawi.
No comments:
Post a Comment