Friday 27 April 2012

Penubuhan parti baharu tidak beri kesan kepada BN: Abang Johari

Posted on April 25, 2012, Wednesday

KUCHING: Penubuhan parti baharu tidak memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana percaya rakyat kini lebih rasional untuk memilih.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, penubuhan parti menjelang pilihan raya merupakan perkara biasa sama seperti sebelum ini.

“Ia perkara normal masa pillihan raya, parti baharu akan ditubuhkan dan kemudian selepas itu mereka hilang.

“Saya merasakan ia tidak memberi kesan kepada kita (BN) kerana rakyat sudah tahu siapa yang mereka akan pilih,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Anugerah Das Goldene Stadttor (Golden City Gate) kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di pejabat Taib di Wisma Pelita di sini, semalam.

Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penubuhan parti-parti baharu di negeri ini menjelang PRU13.

Baru-baru ini Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan sebuah parti baharu iaitu Parti Pekerja Sarawak (SWP) dengan menyaksikan Dr Ong Lark Sai sebagai presiden penajanya.

Abang Johari menegaskan, rakyat yang kini lebih rasional untuk memilih, pasti akan melihat prestasi rekod sesebuah parti itu.

“Rakyat akan lihat prestasi rekod sesebuah parti itu dan ia (penubuhan parti baharu) perkara biasa sama se-perti sebelumnya,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment