Tuesday 17 April 2012

Empangan Baram akan diperjelas

 

by Clare Cinderella. Posted on April 17, 2012, Tuesday
BERSURAI: Para penunjuk perasaan bersurai selepas diarahkan oleh pihak polis kerana melakukan demonstrasi secara aman di hadapan hotel tempat mesyuarat tersebut berlangsung semalam.

Agensi berkaitan akan menemui rakyat bagi terangkan pembinaan empangan

MIRI: Kerajaan negeri me-lalui agensi-agensinya yang berkaitan akan mulai bertemu dengan rakyat di Ulu Baram pada 20 April untuk memberi penerangan dan taklimat mengenai pembinaan Empa-ngan Hidroelektrik Baram (Empangan Baram).
Senator Lihan Jok yang mempengerusikan mesyuarat tertutup di sebuah hotel di sini semalam memberitahu bahawa perjumpaan kali pertama itu akan diadakan di Long Na’ah pada Jumaat ini.
Selepas itu, mereka akan pergi ke rumah panjang demi rumah panjang untuk memberi taklimat dan penjelasan me-ngenai cadangan untuk projek tersebut.
“Pertemuan ini bukan untuk membincangkan bahawa empangan sudah diluluskan, bukan.
“Ia belum diluluskan, sebaliknya ini adalah langkah pertama untuk memberi peluang kepada kerajaan mendampi-ngi rakyat, khususnya dengan masyarakat yang terlibat de-ngan cadangan projek pembinaan empangan tersebut.
“Pada pertemuan itu nanti, kerajaan negeri yang diwakili oleh Pejabat Residen, Unit Perancangan Negeri (SPU), Biro Tatanegara serta agensi-agensi kerajaan berkaitan, Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) akan menyampaikan taklimat kepada penduduk,” katanya.
Menurut Lihan, antara topik utama yang akan disampaikan pada perjumpaan itu nanti ialah mengenai pembangunan umum berkaitan SCORE, pengertian sebenar mengenai pembinaan empangan hidroelektrik, penilaian kesan alam sekitar sosial (SEIA) mengenai pembinaan empangan yang perlu menepati standard antarabangsa, berkaitan penggunaan tanah dan pampasan serta mengenai masa depan (selepas pembinaan empangan).
“Perjumpaan seperti ini amat berguna untuk memberi pe-mahaman kepada penduduk di kampung-kampung mengenai pelan pembangunan oleh ke-rajaan berhubung cadangan pembinaan empangan tersebut.
“Justeru tidak patut ada orang menentang taklimat se-perti ini, kerana ia menunjuk-kan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan, pandangan dan suara rakyat.
“Ini bermakna rakyat juga boleh menyalurkan pandangan mereka melalui saluran yang betul,” tambah beliau.
Manakala pada 21 April kelak, Lihan memberitahu bahawa satu upacara sembahyang yang diketuai oleh Sidang Injil Borneo (SIB) yang dinamakan ‘Mayau Hungai’ akan diadakan di Kerangan Na’ah Uvek, yang dianjurkan oleh SEB bagi menghormati adat kaum Ka-yan, berikutan tanah mereka yang akan digali sedalam 60 meter di kawasan tersebut.
“Ia bukannya untuk projek menggali tanah bagi membina empangan.
“Jangan salah faham, se-baliknya kerja-kerja peng- galian ini dilakukan untuk menguji struktur dan kese-suaian tanah dan batu di kawasan tersebut.
“Justeru upacara sembah-yang ‘Mayau Hungai’ diada-kan untuk memohon daripada Tuhan supaya melindungi pihak kontraktor dan penduduk kampung,” jelas Lihan.
Sehubungan itu Lihan meminta agar tiada pihak akan menghalang upacara itu kelak dan pada masa yang sama berharap penduduk di Baram faham mengenai cadangan ke-rajaan dan perancangan pem-bangunan untuk penduduk di Baram.
“Saya minta jangan ada pihak yang cuba mempolitikkan isu mengenai cadangan pembinaan Empangan Baram ini kerana ia sudah lama dirancang,” kata-nya.
Jika empangan hidroelektrik seluas 38,900 hektar persegi ini dilaksanakan kelak, ia akan melibatkan sebanyak 24 kampung dan rumah panjang di sepanjang Sungai Baram.
Antara perkampungan yang terlibat ialah Long Laput, Sungai Dua, Sri Kenawan, Uma Bawang, Long Miri, Long Pilah, Long Kesseh, Long Na’ah, Long Liam, Long San, Long Selatong, Long Apu, Long Julan Asal, Long Julan Pelutan, Long Anap, Long Palai, Long Je’eh, Long Moh, Long Sela’an, Long Semiyang, Long Beku, Ba’ Abang, Long Tap dan Long Tebangan.
Sementara itu di luar hotel di mana mesyuarat tertutup itu diadakan, lebih 40 orang daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO)sekitar Miri, telah menyertai demonstrasi secara aman bagi membantah projek empangan tersebut.
Pengerusi Jaringan Selamatkan Sungai-sungai Sarawak (SAVE Rivers) Peter Kallang yang mengetuai demonstrasi tersebut memberitahu idea untuk membina Empangan Baram itu adalah tidak perlu kerana ia bukan sahaja melibatkan kos pembinaan yang tinggi tetapi menjejaskan penduduk di 24 perkampungan terbabit.
Katanya sekurang-kurangnya 20,000 penduduk Orang Ulu terdiri daripada kaum Kayan, Kenyah, Kelabit, Saban dan Penan yang rumah panjang dan perkampungan mereka terletak di sepanjang tebing Sungai Baram akan terjejas oleh empangan itu kelak.
“Jadi jangan mempergunakan ketua-ketua masyarakat kami,” katanya.
Peter malah mendakwa menerima sokongan bukan sahaja daripada penduduk di Baram malah turut mendapat sokongan dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan peringkat antarabangsa.

No comments:

Post a Comment