Friday 27 April 2012

Pengundi Dayak digesa tolak SWP

Posted on April 25, 2012, Wednesday

TUNGKU


SIBU: Tuai Rumah Tungku Balang dari Nanga Sekuau di Selangau dekat sini, memiliki kepercayaan dan sokongan yang kuat kepada semua pemimpin, ahli dan penyokong parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

“Berhenti menuding jari dan berhujah di kalangan sesama kita (BN) sendiri sambil mendakwa parti itu adalah baik dan parti ini tidak baik.

“Kita dalam BN mesti sentiasa bekerjasama untuk memastikan kita boleh memenangi semua kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Beliau berkata, pembangkang boleh menggunakan situasi tegang yang berlaku di antara parti-parti komponen BN sebagai satu peluang untuk memancing undi rakyat.

Mengenai perkara yang sama, Tungku yang juga setiausaha Parti Rakyat Sarawak (PRS) Cawangan Sekuau menggesa pengundi Dayak untuk menolak Parti Pekerja Sarawak (SWP) serta parti lain dalam barisan pembangkang.

Beliau menjelaskan bahawa Dayak yang mempunyai beberapa parti komponen di dalam BN akan mewakili mereka dalam kabinet negeri serta di Dewan Negara.

SWP, tegasnya akan meme-cahkan Dayak.

“Kita perlu belajar daripada era Ming Court pada 1987. Saya percaya pengundi Dayak kini cukup bijak untuk membezakan yang mana satu parti akan menjadi sebuah kerajaan yang baik atau buruk,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment