Friday 27 April 2012

Mohd Eden boleh musnah harapan PAS

Posted on April 25, 2012, Wednesday

KUCHING: Penduduk dari tiga kampung iaitu Semarang, Sepinang dan Beting Maro turut menyatakan sokongan padu kepada calon anak tempatan bertanding di Parlimen Batang Lupar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sulhi@Fendi Kawi berkata anak tempatan, Mohd Eden Mohd Ali merupakan calon yang sesuai untuk mengekalkan kerusi Barisan Nasional (BN) di Parlimen Batang Lupar.

“Kami amat yakin Mohd Eden mampu menang besar dan memusnahkan harapan pembangkang (PAS) pada PRU13 nanti, “ katanya sambil yakin calon anak tempatan mampu mendapat sokongan padu daripada peringkat akar umbi.

Abu Seman Abu Sami dari Kampung Semarang berkata, penampilan Mohd Eden sebagai calon BN di Parlimen Batang Lupar akan membawa kemenangan besar kepada BN.

“Kami akui Mohd Eden mempunyai sokongan padu di setiap kampung di Batang Lupar kerana beliau merupakan bekas pemimpin parti (Pesaka Bumiputera Bersatu – PBB) yang sentiasa mendampingi rakyat,” kata Abu Seman.

Sementara Azmie Ading juga menaruh keyakinan tinggi bahawa Mohd Eden mampu mengekalkan reputasi cemerlang BN di kawasan terbabit.

“Kami percaya Mohd Eden mampu menentang calon pembangkang terutama PAS berdasarkan sokongan padu penduduk di kawasan Batang Lupar,” katanya.

Fauzi Fendek juga percaya Mohd Eden yang berpengalaman dalam bidang perniagaan mampu mengubah landskap ekonomi penduduk setempat.

“Kami yakin pengalaman Mohd Eden dalam bidang perniagaan mampu mengubah nasib rakyat di Batang Lupar,” katanya yang berasal dari Beting Maro.

Andan Gendek, juga dari Beting Maro percaya Mohd Eden dapat membantu penduduk di kawasan terbabit meningkatkan tahap ekonomi.

“Kami percaya jika Mohd Eden dipilih sebagai calon BN Batang Lupar pada PRU13 nanti, beliau mampu memperolehi kemenangan besar,” katanya.

No comments:

Post a Comment