Tuesday 17 April 2012

Jangan mengharapkan pembangkang, kata Masir

 

Posted on April 17, 2012, Tuesday

SRI AMAN: Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat menasihati rakyat terutama di luar bandar agar tidak sandarkan harapan pembangunan kepada parti pembangkang sekiranya ingin maju dalam hidup
Beliau berkata, parti pembangkang hanya pandai menabur janji manis demi meraih sokongan politik tetapi tidak pandai menunaikannya
Menurutnya, perbuatan itu taktik biasa parti pembangkang dengan mengumumkan janji kosong kepada rakyat dan kemudiannya menghilang selepas selesai pilihan raya.
“Saya berharap agar rakyat tidak terlalu memberi harapan kepada mereka ini (parti pembangkang), tidak ada hasil langsung,” katanya.
Masir berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Suntat Galang, Kampung Sebangkoi Jaya, Simunjan kelmarin.
Pada majlis itu Masir menyerahkan cek peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM150,000 kepada beberapa JKKK dan Biro Wanita dalam kawasan Parlimen Sri Aman.
Selain itu beliau juga meminta para tuai rumah di kawasan Parlimen Sri Aman agar menasihati rakyat masing-masing agar memberi sokongan padu kepada calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
“Jangan rugikan masa depan pembangunan di kawasan anda untuk tempoh lima tahun akan datang dengan mengundi pembangkang,” katanya.
Turut hadir pada majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Snowdan Lawan, Pegawai JASA Parlimen Sri Aman Whelton Lumpoi dan ketua-ketua masyarakat sekitar Sri Aman.

No comments:

Post a Comment