Tuesday, 17 April 2012

Wanita PBB mahu tiga kerusi Parlimen diperuntukkan kepada mereka dikekalkan

Posted on April 17, 2012, Tuesday


KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu tiga kerusi Parlimen yang diper-untukkan kepada mereka dikekalkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
Meskipun harapan untuk menambah bilangan kerusi kepada calon wanita agak sukar namun setidak-tidaknya menurut Timbalan Ketua Wanita PBB Datuk Fatimah Abdullah, kerusi sedia ada dikekalkan.
“Saya tidak pasti sama ada saya mempunyai posisi untuk bercakap menge-nai hal ini, kerana perkara seperti ini yang menetapkan akhirnya sudah pasti pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) Pusat iaitu Perdana Menteri dan pengerusi BN di peringkat negeri yang juga Ketua Menteri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penyerahan bantuan projek pembangunan peruntukan exco negeri di pejabatnya Tingkat 15, Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.
Tambah Fatimah yang juga Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Setiausaha Agung BN Pusat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kenyataan Ahad lalu berkata, pemimpin parti komponen diminta menghantar nama calon PRU13 dalam tempoh dua minggu.
Perkara tersebut diarahkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN Pusat.
“Muktamadnya, sudah pasti dibuat setelah berbincang dengan semua parti komponen. Begitu juga wanita PBB. Pendapat akan ditanya, tetapi muktamadnya akan ditentukan oleh Pengerusi BN Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud,” katanya.
Jelas Fatimah, setiap kali menjelang pilihan raya, Wanita PBB mengharapkan bilangan kerusi untuk calon mereka akan ditambah atau setidak-tidaknya tidak berkurangan.
Ditanya sama ada wanita PBB ada mengemukakan cadangan untuk menambah kuota, Fatimah yang teragak-agak untuk menjawab menjelaskan telah menjadi cara mereka akan adanya perbincangan dengan parti-parti komponen BN dalam apa jua hal yang dibangkitkan.
Dalam pada itu daripada 31 kerusi Parlimen Sarawak, wanita diperuntuk-kan tiga kerusi atas tiket PBB.
Tiga kerusi tersebut ialah P. 200 Batang Sadong disandang oleh Nancy Shukri, P.201 Batang Lupar (Datuk Rohani Karim) dan P.206 Tanjung Manis (Datuk Norah Tun Abdul Rahman) menang tanpa bertanding.

No comments:

Post a Comment