by Mahathir Haroun. Posted on April 25, 2012, Wednesday
Jangan membuat kenyataan terbuka mengenai masalah dalaman parti: Wong
KUCHING: Tumpuan harus diberikan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan bukannya membuat kenyataan terbuka mengenai masalah dalaman parti.
Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sibu Dato Sri Wong Soon Koh berkata, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin harus berhenti memberitahu media mengenai perkara berkenaan.
“Datuk Seri Peter Chin pasti sudah berjumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein).
“Saya juga ada bertemu de-ngan mereka bukan sahaja sekali tetapi dua kali dan kami diberi arahan untuk melakukan apa yang patut.
“Kami diarahkan untuk me-numpukan Pilihan Raya Umum dan mengetepikan masalah parti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Khas Untuk Rakyat di sini, semalam.
Sementara itu, beliau yang juga Menteri Kewangan Kedua berkata, masih ada masa untuk mengemukakan nama calon kerusi Parlimen Sibu dan Lanang.
“Kami akan mengemukakan nama kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).
“Masih ada masa untuk berbuat demikian kerana tarikh akhir mengemukakan nama pada penghujung bulan ini,” ujarnya.
Wong memberitahu, beliau telah diarahkan oleh pimpinan BN untuk mengemukakan beberapa nama.
“Sudah tentu saya akan mengemukakan nama,” jelasnya sambil menyatakan bahawa ahli parti perlu menyokong setiap calon yang diketengahkan atas sema-ngat BN.
Menurutnya, dua nama yang dicadangkan SUPP Cawangan Sibu termasuk Temenggung Vincent Lau di Parlimen Sibu dan Datuk Tiong Thai King (Lanang).
No comments:
Post a Comment