Sunday, 29 April 2012

Anwar desak halangan polis dirempuh

Posted on April 29, 2012, Sunday
KUALA LUMPUR: Kira-kira 25,000 orang setakat ini menyertai perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) disokong pembangkang di sekitar kawasan pinggiran Dataran Merdeka, di sini, menolak empat tempat lain yang ditawarkan.

Pada perhimpunan itu, yang setakat ini menurut polis adalah terkawal, Pengerusi Bersama Bersih Datuk S. Ambiga terdahulu awal pagi semalam menyeru para peserta perhimpunan agar menghormati perintah mahkamah melarang perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkumpul di Masjid Negara bersama 5,000 orang sedang bergerak ke arah Dataran Merdeka, menyeru peserta perhimpunan “Kita akan mara ke Dataran Merdeka walau apapun.”

Beliau juga menyeru peserta perhimpunan jangan lemah semangat oleh rasa takut ditangkap oleh pihak berkuasa.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melarang penganjur perhimpunan mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka kerana tempat itu hanya dibenarkan untuk acara-acara rasmi bertaraf nasional.

Antara pemimpin pembangkang yang menyertai perhimpunan itu ialah Anwar, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Sementara itu, laman Twitter dipenuhi dengan kritikan membantah perhimpunan tersebut dengan beberapa penyumbang menyifatkan ia telah diperkudakan oleh parti politik yang mempunyai agenda tersembunyi.

Antara kritikan berbunyi “Why Ambiga and Bersih are making false accusations at SPR for just some few shortcomings.. It seems they have hidden agenda here.”

(Kenapa Ambiga dan Bersih membuat tuduhan palsu terhadap SPR hanya kerana terdapat kelemahan ..nampaknya mereka ada agenda tersembunyi di sini).

Seorang lagi penyumbang berkata dalam Tweetnya, “Azmin has literally hijacked Bersih’s main agenda and turning this demo so political. Anwar no different.”

(Secara harfiahnya, Azmin telah merampas agenda utama Bersih dan menukar demo ini secara politik. Tak ada bezanya dengan Anwar). — Bernama

No comments:

Post a Comment