Sunday, 29 April 2012

Perkasa anggap Anwar, Ambiga perosak negara



Fazy Sahir
 | April 29, 2012



Presidennya Ibrahim Ali mendakwa kedua-dua individu ini disifatkan sebagai perosak negara dengan tercetusnya himpunan Bersih 3.0 semalam.


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S Ambiga dan Bersih 3.0 menjadi topik utama yang hangat diperkatakan olehn penceramah di perhimpunan ‘Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung’ yang dianjurkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pagi tadi.
Perhimpunan dianjurkan bagi menunjukkan taat setia kepada Raja-raja Melayu itu dihadiri oleh pimpinan utama Perkasa seperti
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali serta Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Ali.
Menurut Ibrahim, wujud anasir yang disifatkan sebagai biadap dan kurang ajar yang cuba menganggu gugat keharmonian negara dibawah institusi raja.
Beliau memohon agar Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, menggunakan kuasa untuk melucutkan kerakyatan bagi mereka yang tidak menghormati undang-undang.
Katanya, Perkasa akan memohon mengadap menyembah Agong dalam masa terdekat untuk menghantar perisytiharaan tersebut.
Merujuk kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan Ambiga (pengerusi bersama Bersih 3.0), Ibrahim mendakwa kedua-dua individu ini disifatkan sebagai perosak negara dengan tercetusnya himpunan Bersih 3.0 semalam
“Kerajaan tawar kerjasama tapi mereka yang bergaduh dengan menyerang sebab kata nak duduk dan bantah di Dataran Merdeka.
“Mereka (para demonstran) panggil polis anjing. Hina dan pukul polis secara tidak langsung mereka hina Agong juga. Ketuanya Ambiga yang jadi ibu anjing jadi kepala kepada perosak negara. Ekornya adalah Mat sabu.
“Anwar kata daftar pemilih kotor. Sedangkan masa beliau (Anwar bertanding tahun 1982, 1986, 1990, 1992) semuanya di Permatang
Pauh ketika jadi menteri Barisan Nasional tidak pernah ungkit daftar pemilih kotor atau salah.
“Jika kata daftar pemilih kotor, maka mereka (pembangkang) jangan bertanding dalam pilihan raya akan datang,” katanya dihadapan 500 orang yang hadir sambil merujuk kepada perhimpunan Bersih 3.0 yang didakwa turut dinaungi pembangkang.

Bersih 3.0 seperti dijangka 

Beliau berkata huru-hara yang berlaku dalam perhimpunan 3.0 adalah seperti yang dijangka, malah menuduh Ambiga sebagai tidak berpegang pada janji.
“Dah jangka mereka tidak pegang pada janji untuk pastikan perhimpunan aman. Ia seperti ketika Bersih 2.0 jumpa Agong tapi masih ingkar. Jika rasa negara kotor maka berambus keluar dari negara ini,” ujarnya.
Secara berseloroh, Ibrahim turut memberi cadangan kepada Ambiga agar membuat perhimpunan ‘Bersihkan Anwar’ serta ‘Bersihkan Sampah di Selangor’


Sementara itu, Ibrahim turut mencadangkan Perdana Menteri untuk membubarkan Dewan Rakyat tanpa rasa takut kerana beliau yakin transformasi yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak mendapat sokongan rakyat.
“Saya cadang pada Najib dengan memperlihat suasana yang masih berlarutan ini, beliau tidak perlu takut. Transformasi yang dilakukannya mendapat sokongan rakyat dan Perkasa. Maka jangan ragu-ragu bubarkan Dewan Rakyat,” katanya.

Nik Aziz nyanyuk

Dalam pada itu menyentuh mengenai Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyeru rakyat untuk turun sertai Bersih, namun tidak ikut serta dalam perhimpunan itu, Ibrahim menyifatkan beliau sebagai nyanyuk.
“Fatwa dikeluarkan beliau (Nik Aziz) untuk rakyat sertai Bersih, pemimpin ini dah nyanyuk. Beliau keluar masuk hospital mungkin tidak baca akhbar.
“Kalau yang nasihat adalah geng anwarism dan parasit maka beliau pun akan cakaplah…” katanya.

No comments:

Post a Comment