Monday 16 April 2012

Mawan beri amaran kepada Kumpulan 5 jangan ganggu program SPDP

Posted on April 15, 2012, Sunday

KUCHING: Presiden Parti Demokratik Progresif Sara-wak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom memberi amaran kepada Kumpulan 5 agar tidak mengganggu program-program anjuran parti ber-kenaan.
Katanya, bekas pemimpin SPDP yang dipecat daripada parti itu tidak wajar bertindak demikian kerana ia dianggap sebagai mensabotaj usaha untuk mengukuhkan sokongan rakyat terhadap parti komponen Barisan Nasional (BN), lebih-lebih lagi masa sekarang kian hampir dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
“Saya akan menggerakkan semua sumber yang ada untuk menentang unsur-unsur yang mengganggu. Ini seolah-olah cuba menyekat kita untuk mengadakan program bersama rakyat dan pemimpin peringkat akar umbi,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi SPDP di sini, semalam.
Sambil memberi contoh malam tadi, Kumpulan 5 mengadakan majlis serentak ketika Mawan menghadiri majlis makan malam pada dua majlis berasingan di Bau iaitu terletak dalam kawasan Parlimen Mas Gading.
Parlimen Mas Gading kini diwakili Datuk Dr Tiki Lafe. Bekas naib presiden SPDP itu dipecat daripada parti ber-sama empat ahli Kumpulan 5 yang lain kerana menentang kepimpinan Mawan.
Kumpulan tersebut turut dianggotai bekas naib presiden kanan Datuk Peter Nansian Ngusie, bekas naib presiden Datuk Sylvester Entri Muran, bekas ketua penerangan Paulus Palu Gumbang dan bekas ahli Majlis Tertinggi Rosey Yunus.
Menjelang PRU13, Dr Tiki dikatakan masih berhasrat untuk mempertahankan kerusi tersebut meskipun SPDP mempunyai senarai calon sendiri untuk dikemuka- kan kepada pucuk pimpinan BN.
Justeru, Mawan berkata, dua nama akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk Mas Gading iaitu Harry Jinep dan Anthony Nogeh.
Selain Mas Gading, SPDP menurut Mawan mengekalkan penyandang di Parlimen Baram (Datuk Jacob Dungau Sagan), Saratok (Jelaing Mersat) dan Bintulu (Datuk Seri Tiong King Sing).
Dalam perkembangan lain, William menafikan wujud sa-botaj daripada SPDP terhadap Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum menjelang PRU13 seperti yang didakwa.
Mawan berkata, apa yang wujud ialah perselisihan faham berkaitan pelaksanaan projek pembinaan jalan raya di kawasan tersebut membabitkan Salang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Wong Judat.
Salang yang juga Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan meru-pakan wakil rakyat daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), manakala Wong Judat ialah wakil rakyat SPDP yang menjawat jawatan Naib Presiden parti.
Lantaran itu, pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 pada April 2011, Salang tidak membantu berkempen di kawasan Wong Judat.
“Sekarang, masa (sudah) dekat PRU13, Wong Judat mungkin pula tidak membantu Joseph Salang dalam program-program yang berusaha mengekalkan sokongan daripada penduduk dari kawasannya.
“Mungkin ini yang menjadi bahan bualan orang dan wujud dakwaan ada usaha menjatuhkan Joseph Salang di Parlimen Julau menjelang PRU13,” katanya.
Pada Khamis lepas, Presiden PRS Tan Sri Dr James Masing memberi amaran Parlimen Julau boleh jatuh ke tangan pembangkang jika parti komponen BN mensabotaj Salang selaku penyandangnya.

No comments:

Post a Comment