Monday, 16 April 2012

Sekumpulan ibu mulakan petisyen sokong perhimpunan Bersih 3.0

Posted on April 16, 2012, Monday

 
KUCHING: Sekumpulan ibu telah memulakan petisyen dalam talian untuk menyokong perhimpunan Bersih 3.0 dan lapan Tuntutan Bersih 2.0 yang dianjurkan oleh Pakatan Bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil.
Ibu-ibu dari semua negeri di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, dilaporkan secara sukarela merangka petisyen Mamas@Bersih3.0 untuk menuntut pilihan raya dan kehidupan yang menggembirakan bagi kanak-kanak.
Jawatankuasa Mamas@Bersih3.0 telah melantik Cheah Wei Lun bersama Pakatan Bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil untuk mengadakan sidang media semalam untuk mengumumkan kempen tersebut.
Kempen selama 14 hari itu dilancarkan pada jam 9 pagi semalam dan akan berakhir pada jam 9 pagi 24 April ini serta menyasarkan 10,000 tandatangan ibu dan jumlah tandatangan yang dikumpul dikemaskini pada jam 9 pagi dan 9 malam setiap hari menerusi blog http://wearemotheron/ blogspot.com.
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam, wanita yang memainkan peranan sebagai ibu dalam masyarakat tradisional, meskipun tidak terlalu ambil berat terhadap politik, namun tetap menyedari bahawa politik mendatangkan kesan yang mendalam terhadap setiap keluarga dan masa depan anak-anak.
“Kesan ekonomi negara meluas. Inflasi yang melambung menyusutkan nilai wang dalam poket kita. Negara kita semakin hari semakin terdesak ke pinggiran muflis, dengan pembaziran, urus tadbir yang tidak baik, rasuah dan penyelewengan.
“Anak-anak dan ibu bapa kehilangan kebebasan untuk memilih dan peluang yang saksama, lantaran daripada dasar pendidikan yang gagal.
“Rakyat jelata terus didiskriminasi dan dipinggirkan kerana kerenah ‘Little Napoleon’ dalam jabatan kerajaan,” menurut kenyataan itu lagi.
Tambahan, masalah pengangkutan dan keselamatan kekal tidak diselesaikan berdekad-dekad.
Sementara itu antrara lapan tuntutan BERSIH yang dinyatakan mereka termasuk bersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos; gunakan dakwat kekal; masa kempen minimum 21 hari; akses media yang bebas dan adil; kukuhkan institusi awam; hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Masalah-masalah yang timbul di atas lantaran politik ini paling dirasai ibu-ibu.

No comments:

Post a Comment