Monday 30 April 2012

BR1M seterusnya dipertimbang

by Jessica Jawing.
 

Ia akan diberi sekiranya k’jaan persekutuan mempunyai dana cukup bagi tujuan itu: PM


BANTUAN BR1M: Najib menyampaikan wang tunai RM500 kepada penerima BR1M yang hadir pada program Jelajah Janji Ditepati, di Kuching semalam. Turut kelihatan Taib (kanan).


KUCHING: Bantuan Rak-yat 1Malaysia (BR1M) di-pertimbangkan untuk di- teruskan pada masa akan datang sekiranya kerajaan persekutuan mempunyai dana yang mencukupi bagi tujuan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan yang didengarinya sendiri daripada rakyat itu merupakan satu perkara yang menarik untuk dipertimbangkan.

“Ada kalangan rakyat yang menyatakan kepada saya (semasa tinjauan bersama rak-yat) boleh dapat lagi BR1M… saya kira mahu buat BR1M satu dan BR1M dua agak menarik.

“Pembangkang boleh buat Bersih (perhimpunan) satu, dua dan tiga, kita pula buat BR1M satu, dua dan tiga, lebih banyak faedahnya kepada rakyat… kalau kita mampu buat,” katanya berucap merasmikan Majlis Janji Ditepati yang turut dihadiri Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di pekarangan Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Bagaimanapun kata Najib, perkara itu perlu disemak terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan.

Beliau dalam pada itu menangkis dakwaan pembangkang selama ini bahawa ke-rajaan meminjam duit daripada Bank Dunia untuk membayar BR1M dan bantuan-bantuan lain.

Katanya pembangkang bercakap tidak benar dan tidak ada bukti mengenai perkara itu kerana kerajaan seme-mangnya tidak meminjam wang daripada luar.

“Sebaliknya kita menggunakan kekuatan dalaman iaitu ekonomi kita untuk pergi (beri) kepada rakyat.

“Kita telah membuktikan kejayaan kita mengurus tadbir negara dengan baik dengan hasil yang kian bertambah.

“Jadi kita memulangkannya balik kepada rakyat melalui pelbagai program seperti BR1M di mana 4.2 juta isi rumah di seluruh negera mendapat agihan RM500 dari-pada kerajaan,” tegasnya.

Selain BR1M katanya kerajaan juga memberi bantuan RM100 kepada lebih 5.3 juta murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menegah serta baucar RM200 kepada lebih 1.3 juta pelajar universiti, Tingkatan Enam dan matrikulasi.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 20,000 orang itu, pe-mimpim nombor satu negara itu turut menyampaikan BR1M kepada penerima selain melakukan tinjauan di ruang pameran dan merasmikan Hari Terbuka Koridor dan Bandaraya di Dewan Undangan Negeri (DUN) lama.

No comments:

Post a Comment