Posted on April 30, 2012, Monday
KUCHING: Rakyat Sarawak menyambut baik program Jelajah Janji Ditepati yang disifatkan sebagai manifestasi kerajaan dalam menunaikan segala janji yang diberikan kepada rakyat sebelum ini.
Menurut seorang pengunjung yang ditemui semasa program berkenaan semalam, Ramzi Sa’at, 29, program tersebut membolehkan kerajaan mendengar permasalahan rakyat secara terus dan menyelesaikannya dengan serta-merta.
Tambahnya, program berkenaan merupakan pencapaian dalam usaha membangunkan rakyat sebagai usaha membawa perubahan yang dipamerkan bagi rakyat menilainya.
“Buktinya, kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke sini membawa banyak berita gembira apabila memberikan pelbagai peruntukan dan bantuan untuk pembangunan rakyat di negeri ini,” katanya ketika ditemui di karnival sempena Jelajah Janji Ditepati di pekarangan parkir kereta Wisma Bapa, Petra Jaya semalam.
Ramzi dari Kampung Astana yang datang bersama keluarganya menambah, melalui program seumpama itu, Perdana Menteri dapat menyelami masalah rakyat dan menyelesaikannya dengan cepat.
“Itulah pemimpin yang kita mahukan dan ia perlu dicontohi pemimpin di negeri ini,” tegasnya.
Justeru, dia menyarankan agar program seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan perkembangkan terkini rakyat sentiasa dikemas kini secara terus.
“Selain itu, pelbagai maklumat tentang perkhidmatan yang disediakan kerajaan dapat diperolehi menerusi program sebegini,” katanya.
Manakala Ya Bohari, 58, dari Kampung Pulo Hulu meluahkan rasa teruja apabila dapat bersua muka dengan pemimpin nombor satu negara itu.
Dia turut bersyukur atas keprihatinan kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat di Sarawak seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Program sebegini amat baik untuk pemimpin bagi bertemu rakyat supaya rakyat dapat menyampaikan permasalahan secara terus dan menyelesaikannya.
“Malah, ia dapat merapatkan hubungan silaturahim pemimpin dan rakyat termasuk kakitangan kerajaan,” ujarnya yang datang ke program itu ditemani cucunya Nurfarzana Suhardi, berusia 14 tahun.
Program itu diadakan selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 April dengan pelbagai aktiviti menarik dianjurkan serta pameran daripada pelbagai agensi kerajaan persekutuan dalam agenda memberikan penghidupan yang lebih selesa bagi seluruh rakyat Malaysia, sama ada di bandar atau luar bandar.
Ini termasuk meningkatkan kualiti hidup, meringankan beban rakyat dengan kenaikan harga barangan akibat peningkatan harga minyak mentah peringkat global, perumahan mampu milik, Klinik 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1Malaysia.
Antara agensi yang terlibat dalam pameran ialah ICU JPM, Kerajaan Negeri Sarawak, Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Yayasan 1MDB dan pelbagai lagi syarikat berkaitan kerajaan seperti TM, Media Prima dan sebagainya.

No comments:
Post a Comment