Tuesday 24 April 2012

Kemampuan boleh menang diragui punca Billy digugurkan, kata Masing



Posted on April 24, 2012, Tuesday

BELAGA: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing akhirnya bersuara mengenai keputusan partinya menggugurkan Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Billy Abit Joo.

Beliau berkata, ini kerana kemampuan boleh menang Billy dipersoalkan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pada PRU 2008, undi majoriti Billy menurun 41 peratus berbanding PRU 2004.

“Dalam politik, tempoh perkhidmatan boleh ditentukan menerusi kepopularan.

“Keputusan Datuk Billy pada 2008 menyebabkan kemampuan boleh menangnya tergugat.

“Pengalaman 22 tahun (lima penggal) sebagai Ahli Parlimen sudah cukup me-nunjukkan kemampuannya berkhidmat untuk rakyat.

“Tetapi bagi saya perkara yang paling penting ialah untuk PRS meletakkan muka baharu bukan sahaja untuk menang tetapi maju,” kata Masing semalam.

Spekulasi banyak pihak menyatakan Setiausaha Sulit Masing Wilson Ugak bakal dicalonkan di Parlimen Hulu Rajang.

Ugak merupakan setia-usaha politik Ketua Menteri selama 15 tahun.

Dalam ucapannya Ugak berkata, beliau akan berusaha keras untuk berkhidmat kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment