Sunday 29 April 2012

Strategi lebih canggih laksana pembangunan Sarawak, kata Taib

KUCHING: Sarawak menggunakan strategi lebih canggih bagi menukar cara pelaksanaan pelbagai program pembangunan untuk dinikmati seluruh rakyat negeri ini.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata antara stra-tegi lebih canggih ialah dengan me-laksanakan pembangunan menerusi dasar-dasar pembangunan yang digariskan kerajaan pusat.

“Kita telah melaksanakan program pembangunan lebih mapan menerusi pelbagai inisiatif transformasi ke-rajaan termasuk pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“Justeru, dasar pembangunan negara itu telah dapat diimplikasikan dan difahami oleh rakyat untuk mencapai lebih banyak pembangunan sejajar dengan matlamat kita mencapai negeri maju,” katanya ber-ucap pada program Jelajah Janji Di-tepati di pekarangan Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dihadiri kira-kira 20,000 anggota masyarakat pelbagai kaum dari segenap kawasan di negeri ini.

Taib yang juga Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber berkata strategi-strategi baharu itu telah berjaya meletakkan Sarawak setaraf de-ngan negeri-negeri maju yang lain di negara ini.

Beliau menarik perhatian bahawa perjuangan Barisan Nasional (BN) bersama-sama rakyat sejak dahulu lagi adalah untuk mempertingkatkan pembangunan secara berterusan.

“Justeru, setiap manifesto yang dijanjikan dalam pilihan raya tetap akan ditunaikan untuk rakyat se-hingga ke hari ini,” katanya.

Taib berkata kemajuan pesat yang dikecapi rakyat Sarawak hari ini ter-nyata amat terbukti dengan peningkatan taraf sosioekonomi selain menyediakan banyak peluang pe-kerjaan dalam pelbagai bidang.

“Kita berjaya membangunkan negeri ini dengan semangat perpaduan rakyat di bawah panji-panji kerajaan BN, walaupun terdapat perbezaan pendapat di kalangan mereka (rakyat),” katanya.

Beliau juga memberitahu bahawa banyak program inisiatif kerajaan yang dinikmati rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pelbagai program kebajikan untuk semua rakyat.

Di samping itu katanya, pelbagai inisiatif lain telah dilaksanakan menerusi pelbagai transformasi kerajaan yang mampu menganjakkan pembangunan yang lebih pesat di negeri ini.

“Saya yakin Sarawak akan terus membangun dan mampu mencapai impian sebuah negeri maju menjelang 2030,” katanya.

No comments:

Post a Comment