Tuesday 24 April 2012

Penduduk Pusa, Beladin sokong Mohd Eden calon di Batang Lupar



Posted on April 24, 2012, Tuesday
SOKONGAN PADU: Penduduk Kampung Pusa dan Beladin menyatakan sokongan padu kepada anak tempatan, Mohd Eden sebagai calon BN Batang Lupar pada PRU13.


KUCHING: Penduduk kawasan Pusa dan Beladin menyatakan sokongan jitu kepada anak tempatan, Mohd Eden Mohd Ali, 58, sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Batang Lupar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Menurut ahli veteran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Eki Daud, pendekatan baharu bagi politik luar bandar amat memerlukan calon anak tempatan untuk bersama-sama mereka mempertingkatkan pembangunan kawasan.

“Kami menyokong penuh jika anak tempatan (Mohd Eden) dicalonkan bagi kerusi Parlimen Batang Lupar,” kata-nya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Eki yang pernah memegang beberapa jawatan penting di Kampung Tengah Pusa, berkata anak tempatan (calon terbabit) mampu membantu penduduk setempat meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka.

Bagi Hussain Sain pula, acalon anak tempatan dianggap bebas bergaul mesra dengan rakyat tanpa jurang perbezaan.

“Kami yakin calon anak tempatan (Mohd Eden) mampu menyelesaikan masalah rakyat di kawasan kami tanpa me-ngira peringkat masyarakat,” katanya.

Manakala Sahari Jaya turut memberi pendapat bahawa calon anak tempatan berupaya memantau perkembangan pihak pembangkang terutama PAS yang semestinya menjadi tentangan hebat BN di Parlimen Batang Lupar.

“Kami akan memberi soko-ngan padu kepada Mohd Eden untuk mengekalkan kerusi BN di Parlimen Batang Lupar,” katanya.

Awang Raziee Awang Zain juga menyatakan bahawa Mohd Eden memiliki wawasan jauh bagi mempertingkatkan usaha penduduk tempatan memajukan ekonomi.

“Mohd Eden merupakan anak tempatan yang mempunyai wawasan tinggi dalam bidang ekonomi, justeru saya percaya beliau dapat menjadi pemimpin terbaik di kawasan Batang Lupar,” tegas Awang Raziee.

Bekas Kaunselor Kampung Beladin Terhem Ajis berkata, Mohd Eden merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat yang sememangnya bertanggungjawab untuk menghadapi pelbagai cabaran pembangunan di kawasan terbabit.

“Kami percaya calon anak tempatan (Mohd Eden) mampu membawa banyak perubahan dari segi pembangunan dan ekonomi di kawasan Parlimen Batang Lupar,” katanya.

Menurut Annuar Ujang, 60, pemilihan anak tempatan (Mohd Eden) sebagai calon BN Batang Lupar pada PRU13 akan membawa sinar baharu dalam angin perubahan kawa-san itu.

“Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Mohd Eden untuk bersama-sama melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk rakyat di Batang Lupar,” kata Annuar yang berasal dari Beladin.

Bagi Bujang Seli (Kampung Beladin) pula berkata, pemilihan Mohd Eden, anak jati Kampung Semarang, Pusa sebagai calon BN pada PRU13 nanti adalah amat sesuai kerana hubungan rapatnya dengan penduduk setempat.

“Kami yakin Mohd Eden dapat membawa lebih banyak pembangunan di kawasan Batang Lupar,” katanya.

No comments:

Post a Comment