Sunday 29 April 2012

Perhimpunan Bersih bukti keinginan pembangkang ambil alih Putrajaya

Posted on April 29, 2012, Sunday


GANAS DAN MELAMPAU: Peserta perhimpunan haram, yang kononnya untuk menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil, bertindak liar dengan membaling objek dan menendang sebuah kenderaan polis di hadapan Pusat Membeli-belah Sogo, di Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama


 
KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak percaya perhimpunan Bersih yang berlangsung di Dataran Merdeka semalam membuktikan keinginan pembangkang mengambil alih Putrajaya.

“Perhatian mereka bukan mengenai pilihan raya yang bersih dan adil sebaliknya mereka mahu menunjukkan kerajaan sedia ada seolah-olah mela-kukan perkara yang tidak baik.

“Itu sebabnya mereka menolak apabila ditawarkan untuk mengadakan perhimpunan tersebut di Stadium Merdeka dan mahukan Dataran Merdeka.

“Mereka mahu menunjuk-kan berlakunya konfrontasi dengan polis dan membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Media Sosial Peringkat Negeri Sarawak di salah sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Najib yang menyedari niat sebenar di sebalik perhimpunan itu turut menasihati peserta perhimpunan supaya memberi perhatian yang le-bih kepada kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki di Mount Kiara daripada membuang masa di Dataran Mer-deka.

“Daripada anda membuat konfrontasi dengan pihak polis lebih baik anda membantu polis mencari kanak-kanak lelaki yang terlibat dalam kes pen-culikan di Mount Kiara baru-baru ini.

“Saya telah memasukkan berita mengenai penculikan ini dalam laman media sosial dan maklum balas yang diterima ke atas kes ini lebih banyak berbanding Bersih,” katanya.

Perhimpunan Bersih 3.0 merupakan kesinambungan daripada Bersih 2.0 dan dija-lankan secara serentak di seluruh negara sebagai desakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Malaysia untuk mengembalikan hak rakyat mendapatkan satu pilihan raya bersih dan adil seperti yang sepatutnya.

Pemimpin Bersih dan peng-amal undang-undang pembangkang berjanji bahawa perhimpunan itu akan diada-kan secara aman malah tidak akan mendatangkan kekecoh-an dan rusuhan seperti yang berlaku sebelum ini.






No comments:

Post a Comment