Tuesday 24 April 2012

Dr Elli sedia bertanding di Hulu Rajang atau Baram



Posted on April 24, 2012, Tuesday

KUCHING: Pengerusi Syarikat Kumpulan DLT Dr Elli Luhat telah menyata-kan kesediaan beliau untuk bertanding sama ada di Hulu Rajang atau Baram pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, beliau telah me-nerima teks pesanan ringkas dan panggilan daripada peringkat akar umbi yang menggalakkan beliau berkhidmat kepada mereka melalui politik.

“Saya juga telah menerima sokongan yang baik daripada lawatan saya ke kawasan kerana ramai telah mendapat manfaat daripada teknologi (pertanian) yang saya per-kenalkan kepada mereka.

“Dengan ini, saya menawarkan diri sebagai calon untuk rakyat,” katanya semalam.

Bagaimanapun, Elli hanya membisu apabila ditanya mengenai parti politik mana yang dipilih beliau sebagai platform.

Beliau sebaliknya menyata-kan keyakinan bahawa beliau boleh mencapai jangkaan rakyat bagi seorang wakil rakyat.

Merujuk kepada ruangan baru-baru ini yang disiarkan dalam akhbar tabloid nasional, beliau berkata beliau mempunyai hampir kesemua kriteria yang disenaraikan dalam hasrat penulis me-ngenai seorang wakil rakyat.

“Selepas membawa kolum tersebut, saya memikirkan bahawa saya memiliki hampir kesemua kualiti tersebut.

“Saya bersedia dari segi mental, ekonomi dan teknologi untuk menghadapi cabaran baharu ini,” katanya.

Mengenai Hulu Rajang, Elli berkata beliau berminat untuk bertanding di sana kerana itu adalah tempat asal usulnya.

Beliau menambah bahawa beliau juga layak untuk berdiri di Baram kerana isterinya adalah dari Telang Usan.

Elli yang digambarkan sebagai usahawan, pengusaha tanah pertanian dan hutan, juga dikenali sebagai perintis konsep ‘pertanian pintar’ dan aktif mempromosikan anak benih getahnya yang memberikan pulangan tinggi.

Beliau juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Ke-selamatan Komuniti Bakun.

No comments:

Post a Comment