Monday 16 April 2012

Vincent Lau paling layak rampas semula kerusi Parlimen Sibu

 

Posted on April 16, 2012, Monday
 
SIBU: Biarpun calon Barisan Nasional (BN) masih belum diputuskan bagi Pilihan Raya Umum akan datang, namun sokongan terhadap Temenggung Vincent Lau sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Sibu menunjukkan reaksi positif.
Seorang pemerhati politik yang enggan namanya disiarkan berkata, Lau merupakan individu paling layak merampas kembali kerusi berkenaan yang kini dikuasai pembangkang.
Ia adalah rentetan daripada kekalahan calon BN Kaunselor Robert Lau Hoi Yew pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada tahun 2010.
“Anda boleh lihat, walaupun pencalonan beliau masih belum diluluskan oleh pemimpin tertinggi BN, sambutan yang saya dapatkan daripada orang awam mengatakan bahawa mereka gembira dengan Vincent (Lau).”
“Ramai berpendapat bahawa Lau, individu paling sempurna untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap BN sekali gus menawan kembali kerusi Parlimen Sibu,” ujarnya.
Ditanya kenapa beliau berkata demikian, pemerhati politik itu berpendapat Lau pernah berkhidmat sebagai pemimpin masyarakat untuk jangka masa yang panjang.
Ini secara tidak langsung telah memberi ruang kepada beliau untuk berhubung dan bekerjasama dengan rakyat.
Lau yang digambarkan tiada mempunyai kaitan dengan parti politik, kini sangat terkenal di kalangan rakyat Sibu.
“Dia tidak hanya terkenal di majlis keramaian, malah orang turut melihat dari segi kerja amal yang beliau tunjukkan dan sejumlah besar sumbanganya adalah ditunjukkan kepada pendidikan Cina,” katanya.
Sementara itu, seorang ketua rumah panjang Bawang Assan Penghulu James Semilan menyatakan Lau turut matang dalam politik, dan ini menjadikan beliau calon yang ideal untuk menyaingi pembangkang pada PRU akan datang.
“Sebagai seorang pemimpin masyarakat, dia amat memahami harapan dan masalah yang membelenggu,” kata James.
Antara lain, beliau berkata Lau telah sentiasa mengambil minat dalam kebajikan rakyat, termasuk penglibatan beliau dalam pendidikan Cina dan sekolah mubaligh.
Pada 10 Mac lalu, SUPP Cawangan Sibu sebulat suara mengesyorkan beliau (Lau) dan Ahli Parlimen Lanang Datuk Tiong Thai King untuk mewakili BN dalam PRU akan datang.

1 comment:

  1. SAYA RASA VINCENT LAU AKAN DITERIMA OLEH MASYARAKAT PENGUNDI BANDAR SIBU. BELIAU MAMPU MENANG DAN MEMILIKI KEKUATAN PELBAGAI ASPEK DAN WAJAR DIPILIH SEBAGAI CALON BN.

    SEMASA SAYA MENGENALI BELIAU KETIKA BERKHIDMAT DI AKHBAR,WALAUPUN WAJAHNYA SEAKAN TIDAK MESRA TETAPI PENGALAMAN DAN FASILITIS YANG BELIAU ADA DISAMPING SOKONGAN KAKITANGAN KOPERATNYA,PELUANG BELIAU LEBIH CERAH KERANA BELIAU ADALAH PENDUDUK SETIA SIBU DALAM MASYARAKAT CINA.

    PENGUNDI CINA PERLU BERFIKIRAN POSITIF DAN TIDAK EMOSI....BAGAIMANAPUN VINCENT PERLU MENGEMBLING NGO DAN MEMANFAATKAN PENGARUH ORANG PERSEORANGAN TERMASUK PELAYAR MAYA YANG MEMILIKI PENGARUH DAN NETWORKING YANG TERSENDIRI.

    BAGI PENGUNDI MELAYU DAN BUMIPUTERA ADANYA YB. DR ANNUAR SOKONGAN PASTI KUKUH, SIBU MEMERLUKAN BN MENANG BAGI MENJAMIN PEMBANGUNAN DAN KESINAMBUNGAN AKTIVITI SOSIAL DAN EKONOMI BERTERUSAN. SEKIAN AMARNENG.

    ReplyDelete