Posted on April 20, 2012, Friday
KUCHING: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak dapat dipisahkan daripada rakyat di luar bandar khususnya di kawasan Parlimen Saratok.
Ini kerana menurut Penghulu Ali Bin, 68, dari Rumah Anthony, Ulu Luau, Awik Saratok, rakyat di kawasan ini masih memerlukan kerajaan BN untuk membawa mereka kepada pembangunan.
Justeru katanya, tiada sebab untuk rakyat khasnya peng-undi di Parlimen Saratok dari DUN Krian dan DUN Kalaka menolak calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
“Apa yang ingin saya nyata-kan di sini ialah kita perlu meneliti siapa yang patut dipilih pada PRU13 kelak.
“Memang benar negara kita mengamalkan demokrasi, tetapi kita mesti bijak dalam memilih orang yang dapat membantu rakyat.
“Janganlah kita begitu mudah terpengaruh atau terikut-ikut dengan amalan politik di bandar kerana keadaan kita di luar bandar tidak sama seperti mereka di bandar,” katanya.
Mengulas mengenai PRU13 akan datang, Ali dan Tuai Rumah Ambrose Dampa yakin BN akan mempertahankan Parlimen Saratok jika mempertaruhkan pe-nyandangnya Jelaing Mersat yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan.
Melihat semula keputusan pilihan raya negeri lalu, calon BN-Kalaka Datuk Abdul Wahab Aziz menang dengan majoriti lebih daripada 5,000 manakala calon PKR-Krian Ali Biju menang dengan majoriti 2,000 lebih.
Berdasarkan kepada keputusan itu, meskipun BN telah tewas di DUN Krian namun peluang untuk BN menang pada PRU13 tetap ada dengan majoriti 3,000 menurun daripada 7,000 yang diperolehi pada PRU12 lepas.
Ditanya mengenai punca kekalahan BN di DUN Krian pada pililhan raya negeri lepas, Penghulu Ali berkata, ia berpunca daripada rasa kekecewaan penduduk terhadap calon Datuk Peter Nyarok ditambah dengan sokongan bersifat peribadi ke atas calon PKR.
“Kekalahan BN kepada calon PKR pada masa itu adalah disebabkan sentimen peribadi dan rasa kecewa rakyat terhadap calon BN yang berkemungkinan bagi mereka sudah tiba masanya menampilkan muka baharu.
“Namun penduduk di Parlimen Saratok masih memerlukan BN dan saya yakin calon BN kelak tidak kira sama ada Jelaing Mersat atau muka baharu, BN tetap menang,” katanya.
No comments:
Post a Comment