Tuesday 17 April 2012

Mawan yakin kerusi Mas Gading akan dikekalkan oleh BN

Posted on April 17, 2012, Tuesday
 
KUCHING: Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom yakin kerusi Parlimen Mas Gading akan dikekalkan oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).
Mawan berkata, keyakinan tersebut dilihat berdasarkan sokongan kuat daripada penyokong tegar BN termasuk dari kalangan bekas pemimpin SPDP yang kini digelar G5.
“Saya cuma harap mereka (penyokong tegar G5) kekal benar kepada perjuangan mereka. Mereka mengaku setia kepada BN dan kami (BN) berharap mereka kekal seperti itu selamanya.
“Kami juga mempunyai penyokong kami sendiri. Jadi, satu tambah satu sama dengan dua,” katanya sebagai membidas DAP mengambil peluang ke atas masalah BN di Mas Gading.
Sabtu lalu, G5 telah mengadakan jamuan makan malam BN di Pusat Redeems dan mendakwa sekitar 1,000 orang hadir manakala SPDP yang menganjurkan majlis pada hari yang sama di Dewan Suarah Bau dihadiri oleh sekitar 850 orang kebanyakan pengundi Cina Mas Gading.
Pada masa yang sama DAP turut mengadakan majlis yang sama di Restoran SK Jenny di Kampung Sg Pinang Bau dan difahamkan dihadiri 850 orang penyokong.
DAP memberi gambaran akan menamakan Mordi Bimol sebagai calon pembangkang Mas Gading manakala SPDP mempunyain dua calon berpotens iaitu Timbalan Pengurus Besar SALCRA Anthony Nogeh dan ahli perniagaan tempatan Henry Harry Jinep.
Dalam pada itu 25 peratus daripada jumlah pengundi di Mas Gading adalah undi Cina dan akan menjadi faktor penentu dalam kesimbangan kuasa.
Menyentuh mengenai dakwaan G5 bahawa 1,000 penyokong keluar SPDP, Mawan berkata parti akan memperhebatkan lagi pengambilan ahli dan berharap lebih ramai akan menyertai dan menyertai semula parti termasuk mereka yang dikatakan telah keluar SPDP Sabtu lalu.
“Kami kesal, G5 mengumumkan 1,000 telah keluar SPDP pada majlis makan malam mereka.
“Kami (SPDP) akan memperhebatkan usaha pengambilan kami dan berharap lebih ramai akan menyertai SPDP termasuk mereka YANG dikatakan telah keluar Sabtu lalu.
“Kami masih membuka pintu kepada mereka untuk menyertai SPDP pada masa akan datang.
“Selepas apa yang telah terjadi mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan,” katanya sambil menambah lebih banyak aktiviti akan diadakan di Bau menjelang pilihan raya.

No comments:

Post a Comment