MIRI: Pemimpin belia harus memainkan peranan lebih fleksibel dan efisien dalam memastikan golongan itu tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU13).
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Gan Ping Sieu tidak menolak kemungkinan pembangkang turut menjadikan belia sebagai sasaran untuk meraih undi pada PRU13 kelak.
“Kita menasihati pemimpin belia mendekati golongan sasar kerana pembangkang akan menyebarkan pelbagai hasutan dan dakyah supaya belia terpengaruh dengan ideologi mereka,” katanya kepada Utusan Borneo kelmarin.
Sebagai contoh katanya, Ketua Pembangkang menjanjikan akan memastikan harga barang turun sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri kelak.
“Ia adalah satu cara untuk mengaburi mata rakyat dan kita mahu pemimpin belia turun padang dan menjelaskan fakta yang sebenar kepada golongan sasaran,” katanya.
Gan seterusnya memberitahu, pembangkang sering kali menjadikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai modal untuk menghentam kerajaan dan kononnya kerajaan ingin meraih undi rakyat.
“Kerajaan sebenarnya menggunakan subsidi untuk mengurangkan beban rakyat dan bantuan BR1M adalah wang rakyat dan ia dikembalikan semula kepada rakyat tanpa sebarang agenda lain,” tegasnya.
Tambahnya, janji-janji pembangkang untuk menurunkan harga barang adalah satu penipuan besar kerana harga barang ditentukan mengikut pasaran global dunia.
“Bagaimana mereka ingin menurunkan harga barang padahal harga makanan atau komoditi lain sedang meningkat di pasaran dunia dan ia hanya janji untuk memerangkap undi rakyat,” jelasnya.
Sehubungan itu katanya, belia Malaysia perlu bijak menepis godaan pembangkang dan memberi ruang dan peluang kepada kerajaan Barisan Nasional untuk mentadbir urus negara
No comments:
Post a Comment