Monday 2 April 2012

Empat kerusi Parlimen SPDP mencabar, kata Nelson

Posted on April 2, 2012, Monday





















KEAHLIAN BAHARU: Barbara menyerahkan borang permohonan keahlian baharu puteri kepada Nelson di Ibu Pejabat SPDP semalam.



KUCHING: Jentera pilihan raya Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) tidak mengambil mudah kesemua empat kerusi Parlimen parti itu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Setiausaha Agung SPDP Nelson Balang Rining berkata, empat kerusi tersebut Mas Gading, Saratok, Bintulu dan Baram masing-masing dilihat mencabar buat parti.
Justeru katanya, jentera parti tediri daripada empat exco iaitu Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri sedang bersedia dan bekerja keras bagi menghadapi cabaran tersebut.
“Bagi parti kesemua empat Parlimen adalah sama mencabar dan kami perlu bekerja keras dan memberi fokus yang sama di empat-empat kawasan tersebut.
“Banyak perkara telah dikenal pasti termasuk pecahan jumlah pengundi khususnya membabitkan pengundi muda,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat exco dan penyerahan permohonan keahlian baharu sayap Puteri di Ibu Pejabat SPDP di sini semalam.
Permohonan keahlian disampaikan oleh Ketua Puteri Kaunselor Barbara Mawan kepada Nelson dan turut dihadiri oleh Ketua Pemuda Robert Ayu, Timbalan Ketua Wanita Theresa Udam dan Ketua Putera Tony Chen.
Terdahulu dalam mesyuarat tersebut pelbagai program menarik telah dikenal pasti untuk dilaksanakan setiap minggu di empat kawasan Parlimen SPDP sebagai persediaan menjelang PRU akan datang.
Dalam pada itu Barbara berkata, exco Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri telah bersedia untuk proses transformasi merangkumi pelbagai aspek dengan semangat kesatuan.
Bagi pihak exco katanya, mereka akan bekerja keras dalam usaha mendekati pengundi muda khasnya.
Dari segi keahlian pula, parti katanya sama ada exco Pemuda, Wanita, Putera atau Puteri menerima permohonan keahlian baharu dari semasa ke semasa.
Sehingga kini, Puteri mempunyai keahlian seramai lebih daripada 8,000 orang, Wanita (14,000), Pemuda (lebih 20,000) manakala putera
(lingkungan 10,000 hingga 20,000).

No comments:

Post a Comment