KUCHING: Barisan Nasional (BN) Negeri tidak gentar dengan pengumuman PAS untuk meletakkan calon Iban di kerusi Parlimen Sibuti pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, itu terpulang kepada sesebuah parti politik untuk berbuat apa sahaja memandangkan proses demokrasi masih diamalkan.
“Dalam proses demokrasi, mana-mana parti politik boleh melakukan apa sahaja asalkan tidak melanggar undang-undang,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pengumuman tersebut, semalam.
Dalam laporan Bernama semalam, Pesuruhjaya PAS Sarawak Adam Ahid mengesahkan yang pihaknya telah menyenarai pendek calon berpotensi dan seorang daripadanya ialah calon Iban yang dicadangkan bertanding di kerusi Parlimen Sibuti yang majoriti penduduknya Bumiputera.
Difahamkan calon Iban itu ialah profesional yang bekerja di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, sebagai contoh apabila PAS bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Beting Maro tahun lepas, banyak pengundi Iban di situ mengundi calon PAS.
“Keputusan parti untuk meletakkan calon Iban dibuat berdasarkan trend pengundi dalam pilihan raya negeri tahun lepas, kami dapati kami mendapat sokongan pengundi Iban,” katanya.
Kalau benarlah Robby akan mewakili PAS di Sibuti seharusnya sedikit sebanyak kita perlu tahu siapa lawan kita ini.. Daripada risikan2 sahih lawan ini bukan budak biasa .. mari kita kenal sedikit sebanyak tentang calon utama PAS ini..
ReplyDelete- Robby ini adalah iban Islam pertama era generasi baru yang sangat berjaya di channel TV iaitu TV Al Hijrah dan desas desus dia tengah mendapat surat tawaran pingat kebesaran di 2 negeri di semenanjung Malaysia sebagai ikon Iban ISlam pertama menjadi kebanggaan orang sarawak juga.
- Robby ini iban pertama juga sebagai ikon iban Islam yang bukan sahaja boleh berbahasa iban malah dia ni boleh berhasa cina, arab, english dan lebih2 lagi melayu.
- Dan satu risikan yang mungkin boleh membangunkan sentimen yang mungkin kita tidak jangka keluarganya adalah keluarga keturunan campuran dan dia ni Robby merupakan tanah cucu dari keturunan Datuk Edward Jeli.
- Moyang nya juga seorang penghulu yang amat terkenal iaitu Penghulu Sibak dan keturunan keluarga2 dia ini ramai yang jadi ketua kaum/kampung dan juga penghulu2.. Difahamkan sedara maranya sangat ramai malah ada yang jadi tuai rumah di kebanyakan kampung2 iban dari niah, sepupok,skaloh,Seloi, Kelitang, Lambir dan ramai juga sedara dia ni di Taman Tunku...
- Ada juga dari sumber terdekat yang sangat sahih pakciknya adalah penghulu kampung melayu/kedayan di bekenu. ini tak termasuk beberapa nama tuai rumah yang sangat rapat dgn arwah neneknya Seripah dan Kilau... tebaran keluarganya sangat ramai di baram dan sibuti...
JAdi ini menjadi indicator kepada kita agar jangan memandang rendah siapa dia Robby ini.. Skrg dia telah menjadi kebangaan orang2 Iban terutama dari kaum keluarganya yang sangat ramai di sibuti, baram dan Miri.. PErtaliannya sebagai cucu menakan Edward Jeli sedikit sebanyakan akan melonjakkan calon ini menjadi sangat diterima oleh orang Iban dan kebolehnnya berbahasa cina tidak musthil sokongan penuh dari masyarakat cina kepada calon ini ...
JAdi kita jangan sekali2 pandang rendah pada PAS dalam soal ini kerana kekuatan calon ini sendiri akan menepis sentimen agama dan kaum.. makin kita melemparkan serangan kepada calon ini secara peribadi kita seolah2 melemparkan sentimen kepada orang2 iban dan mungkin ramai orang iban akan tersinggung dgn kita,.. Harap info ini menjadi panduan kepada kita kalau boleh kita tarik calon ini sebelum dilepaskan betul dia bertanding dan menjadi senjata terkuat utk menawan hati pengundi...