Thursday, 12 April 2012

Jabatan dan agensi persekutuan diingat berperanan dalam PRU13

Posted on April 11, 2012, Wednesday

KUCHING: Jabatan dan agensi kerajaan persekutuan diingatkan untuk bersama-sama memainkan peranan dalam persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). 

Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Md Yahaya Basimin berkata, satu Surat Pekeliling Bersama No 3 Tahun 2012 telah diedarkan kepada semua ketua jabatan bagi memastikan PRU berjalan dengan lancar. 

“Dalam aspek ini jabatan dan agensi adalah diminta untuk memastikan segala kemudahan termasuk bagunan dan lokasi yang disediakan bagi tujuan penamaan calon dan pengundian hendaklah dalam keadaan baik dan tanpa sebarang kompromi kesihatan. 

“Selain itu jabatan juga ditugaskan dengan membenarkan penggunaakn kenderaan kerajaan bagi tugas rasmi kerajaan sepanjang tempoh pilihan raya selain pelepasn kepada kakitangan agensi yang telah dipilih untuk melaksanakan pelbagai tugasan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulan Jabatan dan Agensi Persekutuan Sarawak dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai hos yang dihadiri Pengarahnya Noriah Ahmad, di Bangunan Sultan Iskandar di sini, semalam. 

Md Yahaya dalam pada itu berkata penjawat awam perlu mencari jalan untuk memperkasakan jabatan masing-masing seiring dengan peredaran zaman yang dipenuhi dengan kecanggihan dalam bidang dan teknologi. 

Katanya, ia bagi memantapkan sesebuah organiasai selaras dengan tanggungjawab yang bertambah supaya setiap jabatan dan agensi dapat berfungsi secara optimum. 

“Saya berharap semua kakitangan dapat melaksanakan semua program terutama projek pembangunan dengan segera selaras dengan sumber-sumber kewangan yang telah diperuntukkan. 

“Rancang dengan teliti supaya setiap kerja dapat dilaksanakan berdasarkan ‘specific time frame’ yang telah ditetapkan,” katanya. 

Menurut Md Yahaya pada waktu ini penjawat awam perlu mengubah pendekatan kerja terutamaa yang banyak melibatkan pelanggan luar yang terdiri daripada orang ramai, para peniaga dan pihak industri. 

Katanya pada masa ini jangkaan orang ramai terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan mulai berubah dan pelbagai. 

“Perubahan jangkaan ini tidak dapat dielakkan kerana berpunca daripada perubahan cara berfikir dan ilmu pengetahuan masyarakat di sekeliling yang sudah meningkat dan kompleks. 

“Natijahnya kemahuan dan harapan orang ramai sentiasa berubah dan mengkehendaki satu bentuk perkhidmatan melebihi apa yang boleh disediakan oleh kerajaan,” tegasnya. 

Sehubungan itu beliau menegaskan ketua-ketua jabatan hendaklah memasukkan elemen Perekayasaan Proses dan Prosedur Kerja (PPPK) (Business Process Reengineering) dalam urusan kerja jabatan. 

Perekayasaan itu ujarnya lebih mensasarkan ke arah memperbaiki keberkesanan dan kecekapan tugas melalui penyingkiran tugasan yang tiada nilai tambah, meringkaskan prosedur yang kompleks serta menyatupadukan proses yang mempunyai persamaan. 

No comments:

Post a Comment