Monday, 9 April 2012

Bukti kewibawaan, kebolehan bekerja

by Mohd Norhadie Sahari. Posted on April 9, 2012, Monday





















TURUN PADANG: Chin (dua kanan) melihat perkembangan terkini semua projek fizikal di Tudan Fasa 4 semalam.



Semua calon BN harus turun padang, dekati rakyat jika berhasrat menang pilihan raya
MIRI: Calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak harus membuktikan kewibawaan dan kebolehan bekerja untuk rakyat.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin berkata, semua calon BN harus turun padang dan mendekati rakyat jika berhasrat untuk menang pilihan raya.
“Sekarang bukan masa untuk berjanji sahaja sebaliknya ia adalah masa yang tepat untuk mendekati dan memenuhi keperluan rakyat menjelang PRU,” katanya ketika meninjau Projek Touch Point dan Nadi Kasih di Tudan semalam.
Chin yang juga Ahli Parlimen Miri menjelaskan, semua jentera parti komponen BN telah bersedia menghadapi PRU dan meneruskan sentuhan pembangunan kerajaan.
“Kita juga bersedia dan sekarang meneruskan usaha mendekati rakyat dan melihat apa keperluan mereka serta dalam masa sama melunaskan janji-janji kerajaan,” jelasnya.
Sementara itu, Chin ditemani Setiausaha Politiknya, Datuk Sebastian Ting turut meninjau tujuh projek kerajaan yang sedang dilaksanakan di Tudan Fasa 4.
Projek pembangunan fizikal di Tudan termasuk menaik taraf jalan berturap hampir mencecah RM1,420,000 sedang dalam proses pelaksanaan dan ia bakal memberi manfaat kepada rakyat.
“Pada pagi ini kami meninjau proses pelaksanaan semua projek pembangunan fizikal di Tudan dan setakat ini, semua projek berjalan lancar dan mengikut jadual,” katanya.
Tambahnya, semua pembangunan fizikal yang dilaksanakan oleh kerajaan BN adalah sebagai bukti bahawa kerajaan mampu menyediakan infrastruktur untuk kesejahteraan rakyat.
“Kita percaya bahawa taraf hidup rakyat akan terus meningkat di bawah pentadbiran kerajaan BN dan sebagai wakil rakyat, turun padang dan berjumpa rakyat penting untuk melihat perkembangan semasa,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment