Friday, 20 January 2012

Penduduk Mukah Mulai Terima RM500 BR1M



Friday, 20 January 2012

 


Konsep kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengutamakan rakyat di atas segala-segalanya telah diterjemah dengan jelas oleh pemberian bantuan RM500 BR1M kepada rakyat, kata Ahli Parlimen Mukah, Dato  Sri Dr Muhammad Leo Toyad. “Ini telah manifestasikan bertapa perihatinnya kerajaan kepada rakyat dan sesuai dengan konsep yang dilaungkan oleh Perdana Menteri yang mengutamakan rakyat di dalam administrasinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan RM500 BR1M yang diadakan di Dewan Suarah Mesra Mukah pada pagi Jumaat.

Dalam pada masa yang sama, katanya, pemberian bantuan itu telah mengejutkan beberapa pihak yang kagum dengan kemampuan kerajaan BN untuk berbuat sedemikian. “Sebenarnya pemberian bantuan RM500 ini kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3000 kebawah tak kira bangsa, agama dan juga fahaman politik telah mengejutkan beberapa pihak. Mereka kagum dengan kemampuan kerajaan untuk berbuat demikian di dalam keadaan ekonomi dunia semasa yang tidak menentu,” ujarnya.

Justeru itu, Dr Toyad menasihatkan penerima bantuan tersebut untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin. “Saya berharap penerima bantuan ini untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin kerana ia dilakukan untuk meringankan beban rakyat terutama sekali tatkala ekonomi yang tidak menentu ini seperti kenaikan harga barang dan sebagainya. Bagi mereak yang belum menerimanya pada hari ini jangan bimbang kerana giliran anda akan menyusul sebab setiap orang layak berhak untuk menerima bantuan khas ini,” tambahnya lagi.

Seramai 500 penerima dari kawasan Daerah Mukah yang  dijemput untuk menerima bantuan BR1M pada majlis tersebut, walaupun kehadiran melebihi seribu orang.

Untuk melicinkan pembayaran bantuan tersebut, lima kaunter telah dibuka pada hari tersebut. Dan pembayaran untuk yang selebihnya akan diadakan pada masa-masa yang akan ditetapkan kemudian.

Untuk fasa pertama  bagi kawasan Parlimen Mukah ada  sejumlah 1,824 penerima, iaitu 1,244 orang bagi ADUN Balingian dan hanya 580 bagi ADUN Dalat.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Philip Peter Salam Timbalan Residen(Sosial) Bahagian Mukah, Mohamad Nawawi Pegawai Daerah Mukah, Haji Ali Suhaili Walikota, Majlis Daerah Dalat dan Mukah, pegawai daripada Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Mukah, Nordiah Yakub, ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat

No comments:

Post a Comment