Friday 20 January 2012

Tuai rumah sokong pembangkang dikesali

SRI AMAN 19 Jan. - Sikap segelintir tuai (ketua) rumah panjang yang menyebelahi pembangkang amat dikesali memandangkan mereka dilantik oleh kerajaan untuk membantu membangunkan masyarakat di bawah pentadbiran masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr. Johnnical Rayong Ngipa berkata, tuai rumah perlu sedar bahawa mereka dilantik bagi membantu kerajaan menyelesaikan masalah rakyat.

"Bagaimanapun, terdapat sesetengah tuai rumah yang mengabaikan tanggungjawab ini sedangkan mereka menerima elaun RM450 sebulan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Sebaliknya, mereka lebih gemar mengikut pembangkang berkempen ke sana sini daripada menyelesaikan masalah hidup rakyat dan ia begitu mendukacitakan saya," katanya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Dialog Lapangan Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Bawah Inisiatif Baru NCR di Dewan Skim Skrang, Engkilili dekat sini semalam.

Mengulas mengenai syarat-syarat seorang calon perlu sihat untuk bertanding pada pilihan raya umum, Rayong berkata, faktor kesihatan tidak seharusnya dijadikan kriteria utama bagi individu itu dipilih sebagai calon.

Katanya, ini kerana semua orang boleh sakit tanpa mengira masa, sedangkan apa yang paling penting ialah calon berkenaan mesti mempunyai tanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat apabila memenangi pilihan raya.

No comments:

Post a Comment