Posted on January 29, 2012, Sunday
KUCHING: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus berusaha untuk membantu rakyat yang memerlukan, meskipun keadaan eko-nomi mendesak.
Menteri Pelancongan, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, misalnya dengan keadaan ekonomi tidak menentu akibat perkara yang berlaku di Timur Tengah, kerajaan masih mampu memberi bantuan kewang-an kepada rakyatnya.
“Lima tahun lepas akibat per- telagahan yang berlaku di Timur Tengah khasnya pengeluar minyak seperti Iraq, Mesir dan sebagainya menyebabkan harga minyak naik dan sekali gus kos hidup naik.
“Ia melibatkan semua lapisan masyarakat termasuk di negara kita, namun kita bersyukur kerana pemimpin kita mencuba sedaya-upaya untuk membantu rakyat kesan daripada situasi itu,” katanya.
Beliau berkata demikian berucap pada majlis penyerahan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada seramai 399 penerima dari kawasan Satok yang dihadiri Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Fadillah Yusof di Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang sini, semalam.
Penerima-penerima berkenaan merupakan sebahagian daripada 11,000 penerima BR1M fasa pertama di konstituensi Parlimen Petra Jaya, yang diagihkan secara berperingkat.
Abang Johari yang juga Menteri Perumahan berkata, hanya pemimpin BN sahaja yang mampu menguruskan ekonomi dengan baik.
Katanya, apa yang dibuat kerajaan adalah untuk mentransformasikan ekonomi dan menambah nilai pendapatan kepada negara.
“Pemimpin BN tahu menguruskan ekonomi negara dan kita tidak hanya bercakap kosong sahaja sebaliknya merealisasikannya.
“Bagi kita, kita akan bekerja dan terus membantu rakyat mencari jalan bagi mengurangkan bebanan khasnya di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” tegasnya.
Beliau dalam pada itu mengingatkan para penerima baucar itu semalam agar tidak terpedaya dengan individu yang tidak bertanggungjawab dengan menukar bantuan mereka.
Abang Johari memberitahu, sehingga kini BR1M menyaksikan seramai 42,000 penerima sekitar Kuching menerima bantuan kerajaan itu bagi fasa pertama.
Sementara itu, Fadillah dalam ucapannya berkata, bantuan berkenaan merupakan komitmen kerajaan BN untuk meringankan beban rakyat.
Beliau berkata, sehingga kini di konstituensi Parlimen Petra Jaya seramai 11,000 orang telah diluluskan permohonannya.
“Namun pengagihan buacar ini akan kita laksanakan secara berperingkat dan kalau ada masalah kecil, sila maklumkan kepada kami atau residen untuk diperbaiki,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment