Wednesday 25 January 2012

MPP pandang serius isu perparitan dan saliran di kawasan tadbirannya

 

Posted on January 25, 2012, Wednesday

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) memandang serius isu perparitan dan saliran di kawasan tadbirannya.

Bagaimanapun MPP perlu menjaga keluasan kawasan sebanyak 11,431.82 kilometer persegi dan geran yang diberikan kerajaan tidak mencukupi.

Keluasan itu dianggarkan memerlukan perbelanjaan berjumlah RM11 juta setahun dan diagihkan oleh Sistem Pendaftaran Jalan Raya Malaysia (MARRIS), agensi yang diberi mandat oleh kerajaan persekutuan.

Pengerusi MPP Lo Khere Chiang ketika ditemui di kediamannya semalam memberitahu, peruntukan sebanyak RM68 juta telah dipohon daripada kerajaan persekutuan dan masih menunggu maklum balas bagi tujuan tersebut. “Baru-baru ini banyak kawasan di kawasan MPP yang dilanda banjir kilat dan kami sedang berusaha mencari jalan bagi menyelesaikan perkara ini dan ia agak sukar untuk dilaksanakan kerana kekurangan peruntukan,” ujarnya semalam.

No comments:

Post a Comment