Saturday 28 January 2012

K’jaan usaha ringan beban rakyat

by Pauline Kayan. Posted on January 28, 2012, Saturday
GEMBIRA: Salah seorang penerima menunjukkan wang tunai RM500, sebaik sahaja disampaikan oleh Billy (tengah) sambil disaksikan oleh tetamu kehormat yang lain, semalam.
GEMBIRA: Salah seorang penerima menunjukkan wang tunai RM500,
sebaik sahaja disampaikan oleh Billy (tengah) sambil disaksikan oleh 
tetamu kehormat yang lain, semalam.

BR1M program untuk pastikan rakyat nikmati kemakmuran negara: Billy

KAPIT: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan salah satu daripada program pembangunan rakyat yang termasuk dalam Belanjawan 2012, bertujuan untuk mengurangkan bebanan rakyat jelata.

Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Billy Abit Joo berkata, kerajaan akan sentiasa mencari jalan untuk memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati secara menyeluruh. “Sebelum ini, saya percaya ramai yang maklum mengenai bantuan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah, selain daripada pemansuhan yuran persekolahan. “Ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran dan Penyerahan Baucar dan Wang Tunai, Fasa 1, 2, dan 3 BR1M di Dewan Suarah Kapit di sini, pagi semalam. “Kerajaan turut memberi baucar berjumlah RM200 kepada semua pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam. Bantuan ini bukti kerajaan prihatin dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat semua,” katanya.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi, Residen Kapit Dahim Nadot, Pegawai Daerah Kapit dan Song, Elvis Didit dan Galong Luang; Timbalan Residen Selamat Jati Yanjaah (Pembangunan) dan Mohd Ikhmal Abdullah (Sosial), Setiausaha Politik Ketua Menteri Wilson Nyabong Igang dan Tengku Geruna serta Pegawai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sibu. “Seharusnya kita berterima kasih kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang ternyata membuktikan slogan gagasan 1Malaysia, iaitu Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. “Bantuan ini diberikan kepada semua yang layak tidak mengira bangsa atau agama, di seluruh pelosok negara,” katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan turut mewujudkan Program Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai pusat integrasi perkhidmatan termasuk di kawasan luar bandar Sarawak. “Malah, kerajaan juga telah memperbanyakkan program Ladang Kontrak untuk mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk di luar bandar, di samping memastikan bekalan makanan mencukupi,” katanya.

Setakat ini seramai 9,825 permohonan telah diluluskan untuk Daerah Kapit (Pelagus dan Baleh).

No comments:

Post a Comment