Monday, 30 January 2012

Cabaran besar kekal Stampin: Chin

 

by Agnes Tugong. Posted on January 29, 2012, Sunday

SUPP masih belum letak keyakinan, tapi jentera parti akan terus usaha
 
















RAIKAN BERSAMA: Chin (tiga kiri) berjabat tangan dengan Yong (tiga kanan) pada kunjungan Tahun Baharu Cina di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Stampin di Kuching semalam.



KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berhadapan dengan cabaran besar untuk mengekalkan kerusi Parlimen Stampin pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Namun, jenteranya akan berusaha untuk memastikan kerusi tersebut terus kekal milik parti itu menerusi calon boleh menang yang akan ditentukan kelak.
Presidennya, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bagaimanapun enggan menyatakan sejauh mana tahap keyakinan mereka di kerusi tersebut yang mana ketiga-tiga Dewan Undangan Negerinya iaitu Batu Kawa, Batu Lintang dan Kota Sentosa kini milik DAP.
“Masih terlalu awal untuk kami meletakkan keyakinan 100 peratus untuk kerusi Stampin, tetapi apa yang pasti jentera SUPP akan berusaha untuk mengekalkan kerusi ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada kunjungan Tahun Baharu Cina di Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.196 Stampin di Golden Arch, Batu Tiga di sini semalam.
Kunjungan beliau disambut oleh Ahli Parlimen Stampin Datuk Yong Khoon Seng. Turut hadir, Setiausaha Agung SUPP Prof Dr Sim Kui Hian serta yang lain.
Ditanya mengenai calon-calon berpotensi untuk menggantikan Yong di Parlimen Stampin, Chin berkata, beliau masih menunggu wakil rakyat itu mengemukakan senarai calon kepadanya.
Yong bagaimanapun berkata, beliau telah mengenal pasti tiga calon berpotensi menang, namun ia terpulang kepada pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dan parti untuk menentukan calon yang akan bertanding.
Enggan mengulas lebih lanjut mengenai penggantinya, Yong menegaskan bahawa dalam pilihan raya pengundi diibaratkan sebagai ‘bos’ kerana undian mereka adalah penentu siapa yang akan menerajui pentadbiran.

No comments:

Post a Comment