Saturday, 28 January 2012

Prestasi pembangkang di negeri mendukacitakan - Dr M

28/01/2012 6:30pm

BANGKOK 28 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, prestasi pembangkang di negeri-negeri yang ditadbir mereka jauh daripada apa yang boleh diharapkan.

"Mereka sudahpun diberi banyak peluang. Kita bagi di Perak, di Pulau Pinang; banyak perkara yang mendukacitakan berlaku di Pulau Pinang, sama (dengan apa yang berlaku) di Selangor.

"Dah bagi dah. Nak try (cuba) apa lagi. Kalau bagi sampai dah hancur, nak pulih balik susahlah," katanya di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai strategi pembangkang yang meminta pengundi memberi satu peluang kepada mereka untuk memerintah Malaysia dan bahawa mereka boleh ditukar jika gagal.

Menjawab soalan lain, Dr Mahathir, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sehingga 2003, berkata, pandangan di peringkat akar umbi juga perlu diambil kira dalam pemilihan calon Barisan Nasional (BN) yang boleh menang bagi pilihan raya umum akan datang.

"Jika mereka tidak sokong calon yang boleh menang, calon yang boleh menang itu tidak boleh menang," kata Dr Mahathir. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment