Wednesday 25 January 2012

Tuai rumah perlu telus beritahu peruntukan MRP

 

Posted on January 25, 2012, Wednesday

SELAMAT DATANG: Nyalau (depan) bersama Rayong (belakang) semasa
diiringi penduduk sebaik sahaja tiba di Rumah Irak, Merindun Skim.

ENGKILILI: Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak menasihati tuai-tuai rumah agar jujur dan telus memberitahu jumlah peruntukan projek kecil kuar bandar (MRP) yang disalurkan oleh kerajaan menerusi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kepada rumah panjang mereka.

Beliau berkata, ia penting supaya anak buah yang berada di bawah pentadbiran rumah panjang itu mengetahui jumlah MRP yang disalur bagi tujuan pembangunan rumah panjang masing-masing. “Tuai Rumah perlu bertindak segera mengadakan mesyuarat dengan anak buah di bawah jagaannya untuk menerangkan jumlah peruntukan MRP yang telah diterima daripada kerajaan BN untuk kebaikan semua,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Irak, Merindun Skim dalam kawasan daerah kecil Engkilili, di sini, semalam.

Dalam majlis itu Nyalau mengumumkan peruntukan MRP sebanyak RM7,000 kepada JKKK Rumah Irak dan RM3,000 buat biro wanitanya.

Selain itu Nyalau juga menasihati penduduk khasnya di kawasan Lubok Antu agar menolak segala pembohongan yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang di kawasan mereka. “Berilah sokongan kepada saya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Lubok Antu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang demi menikmati pembangunan berterusan,” katanya.

Turut hadir dalam majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Parlimen Lubok Antu Geoffery Baja Maba Ricky dan ketua kaum di sini.

No comments:

Post a Comment