Monday 30 January 2012

KDN perluas transformasi kepada agensi-agensi lain

 

Posted on January 30, 2012, Monday

Menggerakkan gelombang kesukarelawan generasi muda
KLUANG: Kementerian Dalam Negeri akan memperluaskan transformasi yang bakal dilaksana di dalam pasukan Ikatan Relawan Malaysia(Rela) kepada agensi lain di bawahnya.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu bagi memastikan agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan turut menikmati peningkatan dalam pelbagai aspek seperti RELA.
Diharapkan dengan cara ini dapat menggerakkan gelombang semangat kesukarelawan pada kalangan generasi muda, katanya kepada pemberita selepasmerasmikan sambutan Tahun Baru Cina, di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Paloh, 40km dari sini semalam.
Sementara itu, mengulas penambahbaikan pada RELA termasuk penggubalan Akta RELA yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, Hishammuddin berkata keputusan tersebut bagi meremajakan Rela dalam menghadapi ancaman baru.
“Peranan RELA pada masa depan bergantung kepada peranan dan hala tuju RELA sekarang,” katanya.
Mengulas isu berbeza, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO, berkata beliau ingin tahu pendirian sebenar pakatan pembangkang berhubung Israel susulan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai komitmennya untuk mempertahankan rejim zionis itu sebagai sebuah negara.
Anwar dilapor membuat kenyataan itu ketika ditemu bual Wall Street Journal.
“Kalau di sana (Anwar) cakap lain dan di dalam negara dia cakap lain, jadi saya nak tahu apa pendirian rasmi PKR (Parti Keadilan Rakyat), DAP dan PAS dalam hal ini,” kata Hishammuddin. — Bernama.

No comments:

Post a Comment