Saturday, 28 January 2012

Usah terganggu keputusan ROS

by Jessica Jawing. Posted on January 28, 2012, Saturday
SELAMAT TAHUN BAHARU CINA: Chin (duduk tengah) bersama Dr Sim (duduk dua kanan), Chen (dua kiri), Tan Kai (belakang dua kiri) serta tetamu yang lain merakamkan kenangan di rumah terbuka Tahun Baharu Cina di kediaman Chen, semalam.
SELAMAT TAHUN BAHARU CINA: Chin (duduk tengah) bersama 
Dr Sim (duduk dua kanan), Chen (dua kiri), Tan Kai (belakang dua kiri) 
serta tetamu yang lain merakamkan kenangan di rumah terbuka Tahun 
Baharu Cina di kediaman Chen, semalam.

Chin mahu ahli SUPP terus main peranan, tumpu Pelan Transformasi

KUCHING: Pemimpin dan ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) diingatkan agar tidak terganggu dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebaliknya terus menumpukan Pelan Transformasi parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Peter Chin berkata, parti tidak boleh berhenti untuk menjalankan peranannya sehingga menunggu keputusan ROS semata-mata kerana aduan daripada pihak tertentu. “Parti tidak boleh berhenti (memainkan peranan) disebabkan aduan berkenaan dan terus menunggu keputusan ROS, kerana ROS akhirnya nanti akan membuat keputusan juga,” katanya kepada pemberita di rumah terbuka Tahun Baharu Cina Timbalan Setiausaha Agung SUPP Matthew Chen.

Chin yang juga Ahli Parlimen Miri menegaskan, apa yang penting SUPP telah menjalankan peranannya sejak Persidangan Tiga Tahun Sekali (TDC) SUPP pada Disember tahun lalu, yang mana Chin telah dipilih majoriti oleh Perwakilan TDC sebagai Presiden baharu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu berkata, beliau sebagai Presiden juga pada masa yang sama tidak boleh bergoyang kaki. “Saya tidak boleh, tidak melakukan apa-apa dan saya perlu melakukan kewajipan sebagai Presiden yang dipilih parti. “Parti tidak boleh berhenti dan menunggu sehingga ROS membuat keputusan kerana kita perlu terus bekerja gigih,” ujarnya.

TDC SUPP yang diadakan dari 9 hingga 11 Disember lalu diselubungi kontroversi berikutan aduan difailkan oleh beberapa cawangan yang mendakwa berlaku penyelewengan dari segi cara pemilihan cawangan diadakan.

Sehubungan itu, satu kumpulan yang diketuai Pengerusi SUPP Sibu Dato Sri Wong Soon Koh tidak menyertai TDC itu dan memilih untuk menunggu sehingga ROS membuktikan kebenaran dakwaan.

Ditanya mengenai Pelan Transformasi beliau, Chin berkata, ia bukan hanya mengubah parti ke arah yang baharu tetapi juga mengutamakan perpaduan dalam kalangan ahli. “Transformasi tidak bermakna kita cuma melakukan perkara baharu sahaja tetapi yang penting adalah perpaduan dalam kalangan ahli parti itu sendiri,” kata beliau.

SUPP setakat ini menerima maklum balas yang menggalakkan daripada ahli-ahli parti bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Cina, bahkan kaum Bumiputera.

Majlis rumah terbuka itu semalam dihadiri Setiausaha Agung SUPP Profesor Dr Sim Kui Hian dan Ketua Pemuda SUPP Tan Kai.

No comments:

Post a Comment