Saturday, 28 January 2012

Isu Israel: TPM mahu Anwar jelaskan kenyataannya

28/01/2012 6:17pm

MUAR 28 Jan. – Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberi penjelasan tentang komitmennya untuk mempertahankan Israel ketika ditemu ramah oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Timbalan Perdana Menteri bertanyakan sama ada kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bermakna beliau (Anwar) mementingkan Israel dan menidakkan hak rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi itu.

"Adakah dia (Anwar) lebih mengutamakan Yahudi dan Israel daripada Palestin?

“Adakah ini pendirian sebenar Pakatan Rakyat, sedangkan kerajaan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Kampung Kebun Baru, Jementah hari ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata, masyarakat Palestin ketika ini dianggap sebagai rakyat terbuang, tanpa mempunyai tempat tinggal dan pada masa sama berhadapan dengan kezaliman tentera Israel.

Muhyiddin ditanya tentang kenyataan pemimpin pembangkang itu ketika ditemu ramah oleh WSJ semalam, di mana Anwar secara terbuka menyatakan ia akan mempertahankan keselamatan Israel. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment