Saturday, 28 January 2012

Ahli parti BN perlu tingkatkan perpaduan, ikhlas: Ahmad Zahid


Posted on January 28, 2012, Saturday

KUCHING: Semua ahli parti di bawah Barisan Nasional (BN) perlu meningkatkan semangat perpaduan dan keikhlasan bagi memastikan kemenangan besar parti pemerintah itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada masa ini semua jentera BN sudah cukup bersedia namun kerja keras juga diperlukan untuk mencapai kejayaan.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh (Perak) tidak menafikan bahawa kerajaan akan menghadapi tugas sukar pada PRU13. “Seperti yang saya beritahu tadi, sekiranya semua ikhlas terutama jentera dalam parti BN, kita berada pada landasan tepat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan persiapan pembangkang. “Mereka (pembangkang) boleh sesuka hati membuat tohmahan terhadap kerajaan tetapi adakah mereka cukup bersedia menghadapi kita? Mereka hanya berani bercakap tanpa menghasilkan apa-apa,” ujarnya.

Khamis lalu, Ketua Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan menjelaskan, pasukan jentera BN sudah cukup bersedia untuk menghadapi PRU13.

Ahmad juga berkata, pasukan tersebut bersedia dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen.

No comments:

Post a Comment