Tuesday 31 January 2012

Bumiputera masih penyokong kuat BN, kata Daud

by Steve Annuar. Posted on January 31, 2012, Tuesday

Ia boleh dilihat daripada kemenangan besar BN di kerusi-kerusi Bumiputera dalam PRN lalu
MIRI: Rakyat bumiputera di negeri ini masih menyokong kuat kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang membolehkan parti memenangi kesemua 25 `kerusi Bumiputera’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Daud Abdul Rahman memberitahu, sokongan kuat itu boleh dilihat daripada kemenangan besar BN di kerusi-kerusi Bumiputera dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.
“Kerana sokongan yang kuat ini, kita yakin mampu menang semua kerusi Bumiputera.
“Kita telah tunjuk kekuatan ini semasa pilihan raya negeri yang lalu,” jelas Daud.
Beliau berkata demikian mengulas keyakinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk memenangi beberapa kerusi Bumiputera dalam PRU.
Daud ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak di Majlis Bandaraya Miri (MBM) semalam.
Kerusi Bumiputera yang dimaksudkan ialah kawasan majoriti pengundi terdiri daripada kaum Bumiputera termasuk kaum yang antaranya Melayu, Iban, Kedayan, Melanau, Orang Ulu dan Bidayuh.
Dua puluh lima kerusi yang dimaksudkan turut diwakili oleh 25 wakil rakyat Bumiputera daripada tiga parti komponen BN Sarawak iaitu PBB, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Rakyat Sarawak (SPDP).
Daud berkata, PAS berhak meletakkan calon di mana-mana kerusi Bumiputera yang mereka anggap boleh menang.
“Setakat ini, saya tidak tahu kawasan mana PAS kata mereka boleh menang.
“Semua (parti) kata mereka yakin boleh menang. Hanya pilihan raya yang dapat menentukan (kemenangan),” jelasnya.

No comments:

Post a Comment