Wednesday 25 January 2012

Rakyat berbilang tidak harus abai kepentingan aspek perpaduan

 

Posted on January 25, 2012, Wednesday

SELAMAT TAHUN BAHARU: Masir (tengah) bersama ketua kaum Iban
dan Cina di kediaman Temenggung Sii Toh Peng.

SRI AMAN: Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat berkata rakyat berbilang kaum di negeri ini tidak harus mengabaikan kepentingan aspek perpaduan yang diterapkan dalam kehidupan masing-masing.

Menurutnya, hubungan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat berbilang kaum akan mewujudkan kestabilan politik negara terutamanya Sarawak.

Atas sebab inilah kerajaan Barisan Nasional (BN) sering menggalakkan semua rakyat berbilang kaum di negeri ini untuk saling bersatu padu dan hidup dalam satu rumpun bangsa demi mengeratkan hubungan perpaduan di kalangan mereka, ujarnya. “Saya yakin kestabilan politik yang wujud hasil daripada hubungan perpaduan ini akan dapat menyumbang kepada kepesatan pembangunan negara khasnya Sarawak pada masa akan datang,” katanya.

Selain itu Masir juga berharap agar rakyat berbilang kaum di Sri Aman mengutamakan kepentingan pembangunan hidup daripada kepentingan peribadi masing-masing.

Kerajaan BN dapat menjamin masa depan hidup rakyat dalam negara ini termasuk Sarawak dari segi pelbagai aspek sekiranya terus mendapat sokongan daripada mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak, katanya. “Saya berharap agar sokongan rakyat terhadap kerajaan BN tidak diganggu oleh kepentingan peribadi untuk memastikan BN terus berkuasa nanti,” kata beliau.

Terdahulu Masir bersama isteri serta ketua kaum di kawasan Sri Aman telah meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah terbuka Temenggung Sii Toh Peng sempena sambutan Tahun Baharu Cina kelmarin.

No comments:

Post a Comment