Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
ctfa@bharian.com.my
2012/01/27
DR Mahathir disambut orang ramai pada majlis Program Bicara
Tokoh anjuran SKM di Alor Setar, semalam.
Dr Mahathir sifat cadangan platform Ketua Pembangkang cari populariti
ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu melayan cadangan untuk mengadakan debat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara, kerana ia tidak memberi kesan untuk merubah pendirian pembangkang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata tidak ada keperluan Perdana Menteri berdebat dengan individu seperti Anwar kerana semua menyedari sikap Ketua Pembangkang itu yang suka memburuk-burukkan nama negara kepada dunia luar.
Beliau berkata, Anwar akan menjadikan pentas perdebatan berkenaan sebagai platform untuknya meraih populariti politik dengan mempamerkan sikap ‘bengisnya’.
“Buat apa (debat) semua orang sudah tahu dan jika debat itu dibuat ia tak akan merubah pendirian mereka (pembangkang). Lainlah kalau dia (Anwar) sependapat dengan kerajaan berhubung isu dibangkitkan.
“Tak perlu layan orang seperti Anwar dan kalau buat pun semata-mata dia nak tunjuk bengis,” katanya pada sidang media selepas Program Bicara Tokoh anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di sini, semalam.
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian untuk menganjurkan perdebatan antara Perdana Menteri dengan Ketua Pembangkang berhubung dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.
Ditanya sama ada cadangan debat berkenaan mampu menjadi transformasi politik baru dalam negara, Dr Mahathir berkata, rakyat negara ini sudah selesa dengan model politik sedia ada.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) masih relevan kepada pelajar yang tidak tahu menghargai peluang yang harus digunakan sebagai mahasiswa.
Katanya, kerajaan tidak pernah melarang pelajar mengadakan debat dalam kawasan universiti tetapi ia perlu dikawal.
“Lebih menyedihkan yang sering terbabit demonstrasi adalah mahasiswa Melayu, manakala kaum lain tidak melakukan perkara itu. Justeru, bagi saya AUKU tak relevan jika mahasiswa tahu jaga diri,” katanya.

No comments:
Post a Comment