Wednesday 25 January 2012

Dr Tiki tetap mahu dicalon

 

by Agnes Tugong. Posted on January 22, 2012, Sunday

Tidak akan membantah jika BN buat keputusan sebaliknya
PAPAN TANDA BAHARU: Dr Tiki mengetuai kumpulan penyokong menaikkan papan tanda Pusat Khidmat BN di Pejabat Mas Gading di Bau semalam.

BAU: Datuk Dr Tiki Lafe tetap mahu dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Mas Gading pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Dr Tiki pada sidang media selepas Majlis Bersama Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) di Dewan Suarah di sini, semalam.

Bagaimanapun, beliau yang menyedari keputusan muktamad terletak di tangan Pengerusi BN, tidak akan membantah jika apa yang berlaku adalah sebaliknya. “Kami sedar, kami boleh mencadangkan sesiapa sahaja calon, namun keputusan muktamad adalah di atas tangan Pengerusi BN. “Jika tidak dicalonkan saya akan terima, dan sebagai ahli BN saya akan menyokong sesiapa sahaja calon dari pihak BN meskipun atas tiket Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP). “Persoalannya, adakah pihak mereka (SPDP) akan menyokong kami jika saya dicalonkan semula?” kata Dr Tiki.

Tambah Dr Tiki, masa depan politiknya terletak di tangan rakyat dan beliau yakin rakyat bijak menilai kedudukan beliau yang telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun sebagai Ahli Parlimen Mas Gading.

Menang dengan lebih daripada 4,000 undi majoriti pada PRU12 2008, Dr Tiki yakin mampu memang semula pada PRU13 kelak. “Saya yakin saya akan menang. Jika saya tidak yakin lebih baik saya mengundurkan diri sahaja,” katanya.

Terdahulu bekas Naib Presiden Kanan SPDP yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Peter Nansian Ngusie bertegas BN di Mas Gading akan memihak kepada Dr Tiki.

Nansian yang juga jurucakap bagi lima anggota SPDP5 yang telah dipecat baru-baru ini berkata, meskipun jelas tidak akan dicalonkan semula atas tiket SPDP, namun Dr Tiki akan dicalonkan sebagai calon BN. “Kami akan mencalonkan Tiki sebagai calon BN tetapi keputusan adalah di tangan pucuk pimpinan tertinggi parti. “Sama ada akan dicalonkan semula atau tidak ia akan ditentukan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti dan sebarang keputusan kami akan terima,” katanya.

No comments:

Post a Comment