Friday 20 January 2012

Hentikan Perbalahan Tanah Pusaka, Ugah


Friday, 20 January 2012

 

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan Menteri 
Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas 
menyerahkan sumbangan orang ramai berjumlah lebih 
RM80,000 kepada mangsa kebakaran Rumah Mallang Ungap.

oleh Affendi Mohamad Yusof

Hentikan perbalahan mengenai isu tanah pusaka jika mahu kawasan dibangunkan segera. Itu nasihat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Ahli Parlimen Betong, Dato Sri Douglas Uggah Embas kepada pemilik tanah di kawasan berkenaan. Beliau menyatakannya selepas majlis penyerahan cek pampasan tanah untuk projek-projek pembangunan di bahagian itu di Betong sebentar tadi.

Menurut Dato Sri Douglas, perbalahan di antara ahli keluarga mengenai pemilikan tanah hanya akan merugikan mereka sendiri kerana kerajaan tidak dapat membangunkan kawasan itu kerana statusnya masih dianggap "bermasalah".

Oleh itu, beliau minta ahli keluarga supaya duduk semeja dan berbincang dengan baik supaya agensi kerajaan sepeerti Jabatan Tanah dan Survei dapat menjalankan tugas mereka termasuk memproses jumlah bayaran pampasan kelak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Layar, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dalam ucapan perasmiannya berkata pencapaian pendidikan di Bahagian Betong perlu dipertingkatkan lagi untuk bergerak selari dengan pembangunan yang pesat di bahagian itu.

Menurut beliau tidak ada gunanya mempunyai infrastruktur dan prasarana yang terbaik jika tidak memiliki modal insan yang berpendidikan.

Betong juga katanya akan terus dibangunkan khususnya di kawasan bandar baharunya dan ia memerlukan tenaga mahir dan separuh mahir untuk menggerakkan ekonomi setempat.
about an hour ago · LikeUnlike

Seramai 171 pemilik tanah menerima cek masing-masing dalam majlis berkenaan yang turut dihadiri Menteri Muda Kebajikan, Robert Lawson Chuat.


Ia adalah untuk projek pembinaan Jalan Debak/Kampung Babu/Kampung Bungey/Kampung Lallang di Debak, pembinaan Jalan Labang/Rumah Bebuling Baroh/Skim Tg Sebekut di Betong, pembinaan Jalan Kampung Paloh/Kampung Beting Maro di Kabong, pembinaan Family Park di Betong dengan selebihnya untuk dijadikan rizab kerajaan.


Pemberiaan pampasan melibatkan kos RM11,428,331.90 dengan penerima tertinggi ialah seorang pemilik wanita yang menerima sekitar RM1.5 juta.

No comments:

Post a Comment