Wednesday, 18 January 2012

Sibu bukan bandar gengster

by Michael Ubam. Posted on January 18, 2012, Wednesday



CAPAI KERJASAMA: Sani (kanan) berbincang dengan Wong dalam satu dialog yang 
diadakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu semalam.




SIBU: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah berkata, spekulasi yang melabelkan Sibu sebagai bandar gengster adalah tidak betul sebaliknya Sibu merupakan bandar yang maju dan didiami oleh masyarakat yang baik dan suka bekerjasama.

Beliau ingin menyeru orang ra-mai agar berskap adil dengan orang Sibu kerana spekulasi liar itu hanya mencetuskan faktor ‘wow’ di kalangan orang luar kerana memikirkan ia bandar koboi.
“Jangan menconteng arang terhadap imej bandar Sibu hanya ke-rana disebabkan dua kes pembunuhan yang berlaku di bandar ini baru-baru ini… ia sama sekali tidak adil,” jelasnya.

Bercakap kepada para pemberita di sini, Sani memberitahu bahawa orang Sibu adalah baik-baik belaka dan suka bekerjasama. “Kita harus mengekalkan nama baik ini dan spekulasi yang tidak berasas akan memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Katanya, keadaan di sekitar Sibu sudah kembali normal dan keceria-an dan keamanan sudah mula pulih seperti biasa selepas dua kes bunuh yang berlaku awal bulan ini.

Menurut Sani, kadar jenayah di bandar ini berada di tahap rendah dan tahap keselamatan kini masih terkawal.

Beliau berasa bangga kerana berkesempatan berjumpa dengan Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh dalam satu dialog mengenai kes pembunuhan ter-sebut ketika mengadakan lawatan rasmi ke Sibu.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Lanang yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Datuk Tiong Thai King serta Timbalannya Da-niel Ngieng dan Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail.

Dua kes yang beraku di sini iaitu kes yang melibatkan seorang remaja lelaki yang disyaki membunuh empat ahli keluarga dan mence-derakan seorang lagi selepas men-ceroboh masuk ke sebuah rumah di Jalan RTM melalui lubang siling tandas.

Ahli perniagaan, Ling Tong Hock terbunuh bersama ibunya, Leong Nyuk Lan, 76, dan dua orang anak-nya, David Ling Chei Qi, 10, dan Amy Ling Zi Jiun, 7.

Seorang lagi anaknya, Kelvin Ling Chei You, kini sedang dirawat di Hospital Umum Kuching dan ke-adaannya dilaporkan stabil.

Pembunuhan kedua melibatkan seorang lagi ahli perniagaan, Lau Leh Hing, 42, yang ditembak se-hingga mati ketika sedang me-    masuki sebuah kedai menjual peralatan keselamatan di Jalan Bako dekat sini.

Ketika ditanya mengenai per-kembangan terkini mengenai pembunuhan Leh Hing, Sani berkata kes itu sedang dalam siasatan polis dan pihaknya sedang meneliti pelbagai sudut kemungkinan dan motif pembunuhan tersebut.

Katanya, kes pembunuh Leh Hing lebih sukar untuk diselesaikan kerana polis kekurangan saksi individu namun yakin lambat-laun akan mampu mengorek sesuatu yang positif dalam usaha penyelesaian kes itu.

Mengenai usaha membanteras jenayah di Sibu, katanya pihaknya akan memperhebatkan lagi rondaan yang telah dilancarkan di bawah program NKRA di mana ia melibatkan anggota-anggota daripada Pasukan Gerakan Am (PGA), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Sementara itu, Wong menyeru orang ramai agar memberi kerja-sama padu kepada pihak polis dalam membantu menyelesaikan kes pembunuhan Leh Hing.

Beliau merayu kepada orang ramai agar bertenang dan tampil untuk bekerjasama dengan polis. “Adalah tidak adil untuk mengharapkan polis sahaja menyelesai-kan kes itu,” katanya sambil menambah bahawa setiap individu perlu memainkan peranannya untuk menjadikan Sibu sebagai bandar yang selamat didiami.

Wong turut menyampaikan terima kasih kepada pesuruhjaya polis Sarawak yang baharu dan meletakkan keyakinannya bahawa ke-selamatan bandar Sibu dan negeri ini akan sentiasa berada dalam ke-adaan yang selamat.

No comments:

Post a Comment