January 1, 2012
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menyifatkannya sebagai keganasan melampau.
PETALING JAYA: PAS mendakwa tahun baru 2012 tercemar dengan tindakan polis membelasah Timbalan Presiden Gamis, Safwan Anang Talib sehingga mendapat rawatan di wad kecemasan hospital Slim River, Perak.Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menyifatkannya sebagai keganasan melampau.
Katanya, polis dipercayai membelasah sekumpulan mahasiswa dan 17 orang ditahan dalam lokap IPD Tanjung Malim.
Nasrudin meminta pihak berkuasa membebaskan mahasiwa terbabit dan bertanggungjawab khasnya kepada Anang.
`Zalim dan kejam’
”Sungguh zalim dan kejam tindakan mereka ke atas anak – anak muda yang hanya berhimpun untuk menyuarakan isi hati mereka di UPSI lewat malam tadi.
“Apakah mereka sedang menguji kebangkitan anak muda ? Apakah mereka mahu menguji kesabaran anak muda ?” tulisnya dalam blog beliau hari ini.
Nasharudin berkata, Pemuda PAS membantah dan mengutuk sekerasnya tindakan kejam ini.
Menurut beliau, jika mahasiwa terbabit tidak dibebaskan satu perhimpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas.
No comments:
Post a Comment