KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap pindaan terhadap beberapa klausa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Menurut Menteri Muda Pemba-ngunan Belia Abdul Karim Rahman Hamzah, pelajar tidak seharusnya disekat daripada terlibat dalam politik asalkan tidak me- lampau batasan. “Selepas melihat daripada pelbagai sudut kita merasakan bahawa pelajar universiti tidak harus di-sekat daripada mengambil bahagian dalam politik. “Penyertaan pelajar universiti dalam politik boleh dibenarkan tetapi dengan batasan tertentu,” katanya.
Beliau berkata bahawa resolusi parti itu mengenai isu itu akan diserahkan kepada wakil-wakil daripada Kementerian Pengajian Tinggi yang berada di sini untuk mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak-pihak terutama politik sebelum meminda fasa tertentu dalam AUKU.
Semalam, ahli-ahli Majlis Tertinggi PBB yang berlatar belakangkan undang-undang mengadakan mesyuarat terlebih dahulu sebelum menghadiri perjumpaan dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Mesyuarat ringkas itu dipenge-rusikan oleh penasihat undang-undang parti, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.
Parti tersebut bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Sek-syen 15 (5)(a) kerana bercanggah dengan perlembagaan dan juga menyokong pindaan kepada sek-syen itu tertentu. Difahamkan kerajaan persekutuan menghimpunkan pandangan dan pendapat awam sebelum membuat pindaan tertentu kepada Akta itu selepas Mahkamah Rayuan pada tahun lepas memutuskan bahawa Seksyen 15 (5)(a) yang bertujuan menyekat pelajar untuk menyokong atau terhadap mana-mana parti politik, bercanggah dengan perlembagaan.
Seksyen itu dilihat sebagai tidak rasional, tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara. Keputusan itu dibuat atas rayuan yang dibawa oleh empat mahasiswa sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menghadapi tindakan disiplin kerana hadir dalam kempen pilihan raya bagi Parlimen Hulu Selangor dengan pilihan raya pada 24 April, 2010.
Hakim Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus, dalam meluluskan penghakiman itu berkata: “Universiti sepatutnya menjadi tempat pembiakan reformis dan pemikir, dan bukan institusi untuk melahirkan pelajar yang dilatih sebagai robot. “Jelas sekali peruntukan itu bukan sahaja tidak produktif tetapi bersifat menindas.”
No comments:
Post a Comment