Oleh: Dr Awang Azman Awang Pawi
Apakah yang lebih penting? Kerusi yang sedia ada atau kerusi baru? Baru-baru ini parti politik di Sabah, iaitu United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO) menyuarakan bahawa pembahagian kerusi di Sabah dan Sarawak tidak mencukupi kuota sebenar. Parti tersebut yang diketuai oleh Tan Sri Bernard Dompok berasal Parti Demokrat Sabah (PDS) yang keluar dari Parti Bersatu Sabah (PBS) selepas pilihan negeri Sabah 1994 dianggap lantang dalam menyuarakan suara peribumi khususnya di Sabah.
Parti tersebut berpendirian bahawa demi pemeliharaan hak rakyat di Sabah dan Sarawak, rakyat di negeri tersebut perlu diberikan sekurang-kurangnya 34 peratus jumlah agihan kerusi Parlimen di negara ini. Datuk Wilfred Madius Tangau Setiausaha Agung parti tersebut menyatakan selama ini peruntukan kerusi yang wujud di Sabah dan Sarawak lebih rendah daripada apa-apa yang telah dipersetujui berdasarkan dua dokumen penting yang disediakan semasa pembentukan Persekutuan Malaysia. Sudah tentu ini mengejutkan semua pihak yang sudah sekian lama cukup selesa dengan kehidupan politik semasa.
Pernyataan tersebut pula bukanlah suatu andaian kosong sebaliknya dibuat melalui kajian. Hal ini kerana hasil daripada kajian parti tersebut mendapati laporan Suruhanjaya Cobbold dan Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 28 ogos 1963 menyatakan pengagihan kerusi di Semenanjung tidak harus lebih daripada dua pertiga kerusi parlimen negara. Hakikat ini bagaimanapun kurang disedari oleh pelbagai pihak.
Ketika itu Semenanjung Malaysia telah diperuntukkan 104 kerusi, Singapura, 15, Sabah 16 dan Sarawak 20, menjadikannya 51 kerusi di luar Semenanjung, atau 34% daripada 155 kerusi Parlimen pada masa itu.
Bagaimanapun sejak 1974 Semenanjung telah diberikan tambahan 10 kerusi manakala tidak ada kerusi tambahan bagi Sabah dan Sarawak.
Apabila Singapura keluar dari Malaysia, Semenanjung mendapat satu majoriti dua pertiga tanpa sokongan Sabah dan Sarawak. Apakah rasional langkah tersebut? Situasi sosio ekonomi semasa ketika itu di Sabah dan Sarawak adalah antara faktor. Pengehadan jumlah kerusi mungkin difikirkan wajar bagi mengurangkan politiking dan fokus kepada pembangunan dapat diberikan secara sewajarnya. Namun sejauh manakah kemungkinan-kemungkinan ini benar?
Bagaimanapun, kesannya kini Semenanjung Malaysia mempunyai 166 kerusi manakala Sabah dan Sarawak 51 kerusi. Apakah selama ini tidak ada kesedaran mengenai pengagihan kerusi politik di Malaysia? Adakah suara Sabah dan Sarawak selama ini dan hanya menjadi suara sampingan sahaja?
Pilihan raya 2008 memberikan kesedaran kepada parti-parti politik di Semenanjung Malaysia bahawa perlunya menjaga hati pengundi di Sabah dan Sarawak. Sudah banyak peruntukan disalurkan kepada pembangunan kepada Sabah dan Sarawak sejak keputusan pilihan raya 2008. Kedua-dua parti berusaha gigih menjayakan pembangunan dan menawan hati pengundi.
Pihak pembangkang pula cuba menunjukkan bahawa mereka merupakan parti alternatif yang wajar diterima di Sabah dan Sarawak. Masing-masing mengidamkan Sabah dan Sarawak sebagai lubuk kuasa. Sewajarnya kedua-dua negeri ini wajar dillihat sebagai subjek dan bukan sekadar objek, iaitu undi bagi mendapatkan sumber kuasa politik semata-mata.
Sudah terlewat atau masih ada harapan lagi untuk membaiki persepsi ini.? Mengapa baru kini parti komponen BN tersebut menyuarakannya secara terbuka? Masih adakah kesempatan untuk dilaksanakan kerana memerlukan masa sekurang-kurangnya setahun bagi proses pensempadanan semula?
Bagi menangani isu ini parti UPKO mencadangkan kepada Jawatankuasa Pilih Parlimen (SPA) bagi menangani isu tersebut maka Sabah perlu diperuntukkan tambahan 10 kerusi manakala Sarawak 21 kerusi seterusnya menjadikannya berjumlah 87 kerusi bagi kedua-dua negeri. Dengan adanya 87 kerusi maka apa-apa pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu sokongan Sabah dan Sarawak.
Pandangan dan cadangan ini merupakan sesuatu yang baik kerana ia akan memberikan suara yang lebih kuat kepada Sabah dan Sarawak. Namun bersediakah pihak di Kuala Lumpur menerima cadangan ini? Adakah semua parti komponen Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak bersetuju dengan pandangan ini. Apa pula pandangan daripada Pakatan Rakyat? Memperbanyakkan kerusi dapat mengurangkan risiko kekalahan dan penyusunan undi secara sistematik bagi kedua-dua pihak kerajaan dan Pakatan Rakyat. Bagaimana pula dengan pendirian Suruhanjaya Pilihan Raya? Yang pasti kesemua ini sukar dilaksanakan sekiranya pilihan raya diadakan sebelum bulan Ogos tahun depan.
*Penulis ialah pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Dalam dunia kesarjanaan beliau pernah mendapat biayai Southeast Asian Studies Regional Exchange Program (SEASREP), Toyota Foundation selain daripada Mardjani Foundation Russia, ahli European Association for South East Asian Studies (EuroSEAS), dan anggota Scientific and Technical Committee & Editorial Review Board on Human and Social Sciences, di Paris.

No comments:
Post a Comment