Tuesday, 10 January 2012

3 letupan, seorang cedera parah

 




















Fazy Sahir
January 9, 2012
Kejadian berlaku selepas Mahkamah Tinggi mengumumkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat.

KUALA LUMPUR: Seorang cedera parah, seorang lagi patah kaki dalam satu letupan yang berlaku tidak jauh dari Masjid Wilayah
Persekutuan Jalan Duta, di sini selepas Mahkamah Tinggi mengumumkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat. Manakala dalam letupan kedua yang berlaku berhampiran laluan masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, seorang mangsa cedera ringan. Ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke hospital dengan ambulan.
Menurut saksi kejadian, bahan letupan itu dipercayai diletakkan di dalam kon polis yang berhampiran dengan kereta Perodua Kembara tersebut.
Bahan letupan ditemui di bawah sebuah kereta Perodua Kembara sejurus selepas Anwar dan pasukan pembelaannya keluar menuju ke Masjid Wilayah berdekatan mahkamah.

No comments:

Post a Comment